Tips Pengurusan Masa dan Rumah Bagi Ibu Berkerja

2 comments




Sebagai ibu yang berkerja tidak dinafikan kita cukup terbeban dengan rutin harian, jadi mungkin tips ini dapat membantu dalam pengurusan masa dan kelengkapan anak.

Read On

Tips Mengelak Perut Dari Menjadi Buncit

2 comments


Perut buncit atau boroi amat tidak digemari oleh setiap individu. Di bawah disenaraikan langkah-langkah yang mungkin boleh diamalkan untuk mengelak dari perut menjadi buncit.


Read On

Tips Mengelak Dari Menguap Pada Waktu Siang

4 comments



Menguap pada siang hari kadang-kala boleh mendatangkan malu pada diri anda jika dilihat oleh orang lain. Mungkin cara-cara di bawah boleh membantu anda mengelakkan dari menguap dan mengantuk pada siang hari:


Read On

Tips Menghilangkan Bau Badan

1 comments







Bau badan dapat memberi kesan yang buruk kepada diri anda. Ia mungkin akan memberi persepsi buruk oleh orang sekeliling terhadap diri anda. Di bawah disenaraikan cara-cara yang mungkin dapat membantu menghilangkan bau badan anda.

Read On

Tips Mencegah Mulut Berbau

0 comments







Bagaimana untuk mencegah mulut berbau:

  • Gosok gigi sekurang-kurangnya selama 2 minit setiap kali selepas makan.
  • Elak dari makan dan minum makanan yang berbau.
  • Jika selsema, cuba tiupkan udara keluar dari hidung untuk mengelak bau nafas yang kurang enak.
  • Buat rawatan gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
  • Minum air dengan banyak.
  • Bersihkan lidah.
  • Gunakan semburan mulut yang boleh menghilangkan bau.
  • Sentiasa berkumur dengan cairan pembersih mulut.
  • Jangan merokok dan minum minuman keras.
  • Hindari makan makanan yang berminyak ketika sarapan.
  • Makan makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar.
  • Minum yogurt, makan vitamin c dan mengunyah sayuran seperti daun ketumbar, ekaliptus, taragon, dan sebagainya.
Read On

Tips Menjaga Seluar Jeans

5 comments







Antara cara-cara yang boleh dipertimbangkan untuk menjaga jeans anda:

  • Cuci jeans anda dengan air yang tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu hangat.
  • Jangan gunakan peluntur untuk mencuci jeans.
  • Jangan gunakan mesin pengering untuk mengeringkan jeans anda.
  • Biarkan jeans yang selesai dicuci diampaian yang teduh untuk dikeringkan secara semulajadi.
  • Terbalikkan jeans anda ketika mencucinya untuk mengelakkan warna jeans cepat pudar.
  • Mencuci jeans baru dan lama secara sekali gus juga dikatakan dapat melambatkan proses pemudaran warna kepada jeans yang lama.
  • Jangan mencuci jeans dengan kuantiti yang banyak sekali gus. Hadkan kepada hanya 4 helai untuk satu cucian.
  • Terdapat jeans yang boleh mengecut sehingga 5cm(2 inci) selepas dibasuh. Cara terbaik ialah bertanya kepada penjual jeans sejauh mana jeans akan mengecut setelah dibasuh.
Read On

Tips Mencegah Kucing Dari Kencing Di Dalam Rumah

9 comments


  • Cuka
  1. Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baru sahaja kencing, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali, oleh itu anda perlu bertindak segera. Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing hingga kering. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.

  • Toilet Traning
  1. Toilet training untuk kucing amat penting. Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat.

  • Serai
  1. Bau dari serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering kencing di dalam rumah ataupun anda boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.
Read On

Cara Membasuh Dan Mencuci Kereta Dengan Betul

2 comments


  • Alat yang diperlukan:
  1. Baldi 
  2. Dua atau tiga span
  3. Sabun cecair (sabun khusus untuk mencuci kereta adalah yang terbaik)
  4. Beberapa helai tuala kering
  5. Hos getah paip
  • Jika boleh, letak kereta anda di tempat yang teduh agar air sabun dari cucian anda tidak dikeringkan oleh matahari sebelum dilap.
  • Sebelum anda mencuci kereta, anda perlu menyembur kereta dengan air dari atas ke bawah. Dapatkan semburan air yang kuat dari hos untuk menghilangkan kotoran pada body, tayar dan bawah kereta.
  • Isi baldi dengan air sabun. Mulai dari atas, gosok perlahan-lahan menggunakan span agar tidak meninggalkan kesan calar pada cat kereta.
  • Sentiasa lakukan cucian dan gosokan bermula dari atas ke bawah dan lakukan sedikit demi sedikit dengan diselangi dengan bilasan dengan air agar sabun tidak kering pada kereta.
  • Beralih kepada cucian kepada cermin kereta. Gosok cermin sehingga ianya bersih. Kemudian lap hingga kering cermin menggunakan surat khabar lama hingga berkilat. Sekali lagi, cuci, bilas dan lap satu persatu cermin agar sabun tidak kering pada cermin kereta.
  • Kemudian, beralih pula ke bahagian yang lebih bawah seperti pintu kereta, hood, lampu, bumper dan lain-lain. Ulangi teknik yang sama seperti disebelum ini dan lap menggunakan tuala kering.
  • Untuk mendapatkan hasil cucian yang benar-benar bersih dan berkilat, span dan tuala hendaklah sentiasa bersih. Jika anda mendapati span atau tuala telah kotor, bersihkan atau tukar kepada yang lain.
nota: mengelap cermin menggunakan surat khabar dikatakan boleh memberi kilatan yang lebih berbanding menggunakan tuala kering.

sumber: pekerja car wash dan cleaner pejabat.

Read On

Tips Berbasikal

0 comments


  • Lindungi kepala anda. Pakai topi keledar.
  • Kenakan pakaian yang berwarna neon yang cerah diwaktu siang agar anda mudah dilihat oleh pengguna jalan raya.
  • Elakkan berbasikal pada waktu malam. Jika berbasikal di malam hari, letakkan lampu di hadapan dan di belakang basikal anda. Juga jangan lupa kenakan pakaian yang akan memantulkan cahaya.
  • Sentiasa berwaspada. Perhatikan setiap inci jalan di hadapan anda.
  • Jalan mengikut arus trafik.
  • Sentiasa berwaspada dengan keadaan trafik di sekitar anda.
  • Pelajari peraturan jalan raya. Patuhi peraturan jalan raya.
  • Pastikan basikal benar-benar selamat ditunggang. Periksa keadaan terutama rim, roda, rantai dan brek sebelum menunggang basikal.
Read On

Tips Mengetahui Status Yahoo Messenger (YM)

0 comments

Jika anda ingin mengetahui status seseorang itu samada dia benar-benar offline ataupun invisible di Yahoo Messenger, anda boleh cuba gunakan cara ini:

  • Masukkan yahoo id rakan anda di dalam kotak yang disediakan seperti di bawah ini.

klik untuk besarkan

  • Klik scan.
  • Sistem akan menunjukkan status sebenar pengguna id tersebut samada ia online, offline ataupun invisible.
Read On

Apa Perlu Ada Dalam Toolbox

0 comments

Setiap isi rumah sepatutnya memerlukan toolbox dimana alatan tangan atau alat pertukangan disimpan di dalamnya. Alatan tangan di dalam toolbox boleh digunakan jika berlaku keroskan kecil kepada peralatan di dalam rumah dimana kerosakan itu boleh dibaiki oleh anda sendiri.

Namun, peralatan di dalam toolbox tidak semestinya lengkap. Cukup sekadar peralatan asas bagi yang baru pertama kali ingin memiliki sebuah toolbox. Berikut adalah antara alatan tangan asas yang perlu ada di dalam toolbox anda:

  • Pemutar Skru
Terdapat 2 jenis asas
  1. Pemutar skru mata rata
  2. Pemutar skru mata Philip
Fungsi
  1. Memasang atau menanggalkan skru

  • Spanar
Terdapat beberapa jenis asas
  1. Spanar boleh laras
  2. Spanar
  3. Spanar soket
Fungsi
  1. Digunakan untuk mengetat atau melonggarkan bolt atau nat.

  • Tukul kuku kambing
Fungsi
  1. Digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku.

  • Pita pengukur
Fungsi
  1. Digunakan untuk mengukur jarak.

  • Pembaris keluli
Fungsi
  1. mengukur
  2. membina garisan lurus pada permukaan
  3. menguji kerataan permukaan

  • Playar Muncung Tirus
Fungsi
  1. Memotong
  2. Memegang
  3. Mengapit
  4. Memintal
  5. Memusing
  6. Menolak
  7. Menarik

  • Senggerek
Fungsi
  1. Digunakan untuk membuat lubang kecil pada kayu

  • Gergaji Kerat
Fungsi
  1. Digunakan untuk mengerat kayu secara melintang ira kayu

  • Aras Spirit
Fungsi
  1. Alat untuk menentukan aras dan kepugakkan.

  • Pisau Utiliti
Fungsi
  1. Melakukan kerja-kerja memotong

nota: sila "google" sendiri untuk melihat imej sebenar alatan-alatan yang telah saya senaraikan di atas.


    Read On

    Tips Memulakan Pelaburan Dalam Pasaran Modal (Part 4)

    2 comments





    Jangan Menyimpan Satu-satu Saham Terlalu Lama dan Berurusniaga Dengan Saham yang Aktif.

    • Pasaran saham di Malaysia adalah salah satu pasaran yang kuat dan kadang kala ia adalah pasaran saham paling dinamik di dunia.
    • Walaupun pasaran saham selalunya akan pulih selapas ianya jatuh, hal yang sama mungkin tidak akan berlaku kepada sesebuah syarikat. Sedangkan pada saat pasaran saham melonjak naik, masih ada syarikat yang mengalami kerugian yang tinggi.
    • Dengan berurusniaga hanya kepada saham yang sedang dalam trend menaik dan menjual saham-saham yang sedang dalam trend menurun, dapat mengelakkan anda dari menanggung kerugian yang lebih besar. Ini adalah salah satu rahsia untuk mengambil kesempatan terhadap trend pasaran dan mendapat keuntungan secara konsisten.
    • Perhatikan kepada kolum "volume" atau "lots done" dalam laporan saham harian. "Volume" atau "lots done" ini menunjukkan saham yang sudah diniagakan atupun yang sudah bertukar tangan pada hari itu. Jika anda darabkan dengan harga saham itu, anda akan dapat melihat berapa nilai sebenar wang yang telah bertukar tangan pada hari itu. Jika nilainya tinggi maka ini menunjukkan saham itu mempunyai kecairan yang tinggi dan aktif. Ia juga menunjukkan saham itu mudah dibeli dan paling penting mudah untuk dijual kerana terdapat banyak pembeli dan penjual yang menunggu untuk berurusniaga untuk saham itu.
    • Elakkan dari membeli saham yang tidak aktif kerana anda mungkin akan menyimpannya dalam satu jangka masa yang lama kerana anda tidak dapat mencari pembeli untuk menjual saham anda.
    • Sebagai contoh, "volume" saham sebuah syarikat mempunyai 100,000 unit saham yang diniagakan hari ini dan harga penutupan adalah RM1.50, kita dapat menjangkakan bahawa nilai saham bernilai RM150,000  telah berpindah tangan hari ini.
    Read On

    Tips Keselamatan Ketika Menggunakan Eskalator

    1 comments

    • Pastikan tali kasut anda diikat dengan baik sebelum menaiki eskalator.
    • Berdiri di tengah-tengah tangga eskalator dan melangkah sebaik sahaja anda sampai di penghujung eskalator.
    • Sentiasa memegang tangan kanak-kanak ketika menaiki eskalator dan jangan membenarkan kanak-kanak duduk atau bermain di tangga eskalator.
    • Keluarkan anak anda dari stroller atau troli ketika menaiki eskalator.
    • Sentiasa memandang ke arah hadapan.
    • Elakkan berdiri dibahagian paling tepi kerana kemalangan sering berlaku terhadap pengguna yang berada di sisi eskalator.
    • Perhatikan kedudukan butang kecemasan. Ia mungkin diperlukan untuk menghentikan eskalator jika berlaku sebarang kecemasan.
    Read On

    Tips Penjagaan dan Keselamatan Bateri Handphone

    2 comments


    • Jangan gunakan bateri dan charger telefon bimbit yang tiruan ataupun yang bukan dari pengeluar sebenar jenama telefon bimbit anda.
    • Elakkan bateri telefon bimbit dari terdedah atau bersentuhan dengan objek logam seperti syiling, kunci dan bahan perhiasan.
    • Jangan hentak, tebuk atau hempap dengan kuat bateri telefon bimbit anda. Tekanan yang tinggi boleh menyebabkan litar pintas dalaman dan overheating.
    • Elakkan telefon bimbit dari terjatuh. Jika telefon bimbit terjatuh, terutama di atas permukaan yang keras, ia mungkin menyebabkan kerosakan pada telefon bimbit dan bateri. Jika anda mengesyaki adanya kerosakan pada telefon bimbit atau bateri, bawa ke kedai untuk pemeriksaan segera.
    • Jangan letakkan telefon bimbit berdekatan dengan tempat-tempat panas atau tempat-tempat yang mungkin menjadi sangat panas seperti tempat memasak, alat memasak, besi, atau radiator.
    • Elakkan telefon bimbit atau bateri anda terkena air atau basah. Walaupun ia akan kembali kering dan berfungsi secara normal, litar dalaman mungkin akan rosak secara perlahan-lahan dan boleh mendatangkan bahaya.
    • Baca dan ikut panduan penggunaan, penyimpanan dan pengecas bateri di dalam manual pengguna. 
    Read On

    Tips Menjaga Cermin Mata Hitam

    2 comments

    • Periksa cermin mata hitam anda jika ada tanda-tanda kehausan atau kerosakan. Jika skru engsel sudah longgar, hantar ke kedai untuk diketatkan. Ataupun anda boleh melakukannya sendiri dengan menggunakan pemutar skru yang kecil.
    • Perhatikan keselarian kedua-dua frame cermin mata hitam anda dengan teliti ketika berada di depan cermin. Jika ia nampak tidak selari, maka anda perlu menghantarnya ke kedai untuk membetulkan keselariannya.
    • Kerap memeriksa lensa cermin mata hitam anda untuk mengesan sebarang kesan calar. Terdapat cermin mata hitam yang mempunyai jaminan setahun untuk kesan calar. Lensa yang diperbuat daripada kaca adalah yang terbaik dan tahan calar.
    • Simpan cermin mata hitam anda dalam karung atau kotak cermin mata jika anda tidak memakainya.
    • Gunakan kedua-dua tangan untuk menanggalkan cermin mata hitam anda. Biarkan "temples" terbuka dan letak dipermukaan yang rata.
    • Bersihkan peluh pada cermin mata hitam anda secepat mungkin. Peluh dan kesan kulit berminyak boleh menyebabkan frame dan lensa cepat rosak.  
    • Jangan meninggalkan meninggalkan cermin mata hitam anda pada dashboard kereta. Pendedahan kepada suhu yang amat panas pada dashboard kereta yang tertutup boleh merosakan permukaan lensa dan frame.
    Read On

    Tips Penjagaan Jam Tangan

    0 comments


    • Air adalah ancaman besar kepada kebanyakan pemilik jam tangan. Jika jam tangan anda bukan dari jenis yang kalis air anda perlu berhati-hati dan mengelakkan kerosakan jam tangan anda yang timbul akibat dari terkena air.

    • Baca dan ikut panduan yang diberikan di dalam manual pengguna tentang cara mengelakkan dari pendedahan kepada air.
    • Jika air telah masuk ke permukaan jam tangan anda, anda akan dapat lihat wap terhasil dibahagian dalam permukaan jam anda.
    • Jangan terus membuang jam tangan itu. Ia mungkin masih boleh diselamatkan. Hantar kepada tukang jam professional untuk dibaiki.
    • Elakkan meletakkan jam tangan anda di tempat yang sangat panas atau sejuk. Kepanasan yang melampau akan memendekkan umur bateri. Kesejukan melampau pula boleh menyebabkan spring di dalam jam tangan mekanikal cepat rosak.
    • Elakkan pendedahan kepada bahan pelarut, bahan kimia dan gas dimana ia boleh menyebabkan kerosakan dan warna semakin pudar dan kurang menyerlah.
    • Elakkan jam tangan dari terjatuh atau menerima impak hentakkan yang kuat.
    • Memakai jam tangan yang sesuai mengikut jenis pekerjaan anda. Jika anda bekerja di kawasan pembinaan atau tempat-tempat pekerjaan yang lasak maka anda memerlukan jam tangan yang tahan lasak.
    • Jauhkan jam tangan anda dari tenaga elektrik atau magnet seperti tv dan radio.
    • Tanggalkan jam tangan anda ketika mandi atau membasuh.
    • Air masin seperti air laut mungkin akan menyebabkan hakisan ke atas jam tangan anda.
    • Jangan letakkan jam tangan ke dalam beg tangan kerana habuk dan debu halus akan masuk ke dalam jam tangan. Bahan kosmetik dan minyak wangi di dalam beg tangan juga akan menyebabkan hakisan dan pengoksidaan kepada jam tangan.
    • Juga elakkan menyimpan jam tangan di dalam laci bersama-sama dengan alat kosmetik dan minyak wangi.
    • Hantar kepada pakar jika terdapat kerosakan pada jam tangan anda.
    • Bersihkan jam tangan anda secara profesional.

    nota: setiap jenis jam tangan mungkin mempunyai cara penjagaan yang berbeza mengikut jenamanya yang tersendiri.
    Read On

    Tips Memulakan Pelaburan Dalam Pasaran Modal (Part 3)

    0 comments


    Sentiasa Berurusniaga Mengikut Trend Semasa

    • Trend adalah petunjuk penting dalam urusniaga saham. Jika harga saham meningkat, kita boleh mendapat keuntungan dengan membeli saham itu. Jika harga saham jatuh, kita perlu mencari peluang lain. Adalah tidak masuk akal untuk membeli saham yang sedang dalam trend menurun. Objektifnya adalah mudah - mencari saham pada keadaan trend menaik dan mengambil peluang ditengah-tengah trend itu.
    • Melihat Keadaan Keseluruhan Pasaran
    1. Adalah penting untuk melihat terlebih dahulu apa yang berlaku pada pasaran pada keseluruhannya. Ia dapat dilihat dengan merujuk kepada kumpulan saham-saham utama atau dikenali sebagai All Ordinaries. Jika All Ordinaries sedang naik, maka ia menunjukkan bahawa saham-saham utama telah meningkat dan pasaran berada dalam keadaan trend menaik.
    • Ada lebih dari 1000 syarikat yang berdaftar di Bursa Malaysia yang boleh anda pilih untuk melabur. Untuk mengkaji satu persatu pasti akan mengambil masa yang agak lama. Namun, dengan merujuk kepada trend All Orinaries anda boleh berurusniaga mengikut trend semasa dan mencari sektor yang sesuai pada ketika itu.
    • Apa Itu Sektor?
    1. Sektor adalah kumpulan syarikat yang terlibat dalam industri yang sama. Contohnya, syarikat perbankan dan insurans akan dikumpulkan bersama-sama di sektor Kewangan. Setiap sektor umumnya dipengaruhi oleh keadaan ekonomi semasa dimana pergerakan harga bagi syarikat-syarikat di dalam satu-satu sektor cenderung mengikut arah trend yang sama.
    • Walaupun pada kebiasaannya pelabur baru membeli pada trend menaik, ada juga pelabur yang memilih strategi membeli ketika trend menurun. Ini adalah proses dimana pembelian saham dilakukan berkali-kali ketika harga sedang turun untuk mendapatkan purata harga yang lebih rendah dan kemudian menunggu trend kembali menaik untuk menjual. Strategi ini dinamakan bargain hunting dan ia adalah strategi berisiko kerana harga saham mungkin tidak akan pulih dan terus menurun.
    • Setiap pelabur perlu memahami bahawa berurusniaga dengan mengikut trend adalah sangat penting untuk berjaya. Dan juga, tujuan utama mengikut trend bukanlah untuk membeli pada harga paling rendah dan menjual pada harga yang paling tinggi, tetapi ialah untuk mendapatkan keuntungan ditengah-tengah trend yang sedang menaik.

    nota: ini adalah cadangan sahaja. setiap pelabur sepatutnya mempunyai cara mereka sendiri dan pasaran saham adalah sesuatu yang sukar dijangka.
    Read On

    Tips Mencegah Kaki Berbau

    0 comments



    • Memakai stoking yang bersih dan menukar stoking yang baru setiap hari.
    • Cuci kaki anda dengan sabun anti bakteria. Kaedah ini tidak akan mengurangkan peluh, tetapi ia akan membunuh bakteria.
    • Jemur atau biarkan kasut anda di tempat yang terbuka selama lebih kurang 24 jam selepas dipakai. Dengan cara ini peluh akan tersejat ke udara.
    • Elakkan memakai kasut yang tertutup seperti, but.
    • Memakai stoking yang diperbuat dari bahan-bahan yang menyerap peluh seperti cotton. Stoking yang menyerap peluh akan menghindar kelembapan dan membuat bakteria sukar untuk hidup.
    • Gunakan semburan anti-peluh di kaki anda. 
    Read On

    Tips Membuat Majlis Perjumpaan Semula

    0 comments



    Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dan disediakan jika mahu membuat alumni/ class reunion/ gathering/ perjumpaan semula:

    • Membentuk satu jawatankuasa untuk majlis pertemuan semula.
    • Pilihkan pengerusi dan bendahari majlis pertemuan semula.
    • Wujudkan jawatankuasa kecil untuk menjalankan tugas-tugas tertentu.
    • Wujudkan mesyuarat-mesyuarat secara tetap untuk jawatankuasa majlis pertemuan semula.
    • Pertimbangkan untuk berkerjasama dengan pakar perancangan majlis pertemuan semula.
    • Rujuk rakan-rakan sekelas untuk sebarang idea.
    • Mengkaji semua idea awal.
    • Wujudkan satu belanjawan.
    • Pilih satu tarikh dan lokasi.
    • Wujudkan satu senarai alumni kelas dan hubungi mereka untuk memberitahu tentang perancangan majlis pertemuan semula.
    • Mencipta satu laman web khas untuk majlis pertemuan semula.
    • Membuat agenda untuk majlis pertemuan semula.
    • Merancang bentuk hiburan yang diperlukan.
    • Mengupah jurugambar atau juruvideo.
    • Menempah catering dan tetapkan menu.
    • Memastikan samada terdapat apa-apa aktiviti tambahan yang perlu disusun.  
    • Menyediakan tempat tinggal untuk jemputan-jemputan yang datang dari luar daerah/ kawasan.
    • Bayar deposit untuk sebarang tempahan.
    • Menyusun atur proses pendaftaran.
    • Hebahkan acara.
    • Membuat tanda nama atau name tag.
    • Merancang dan membeli hiasan jika perlu.
    • Membeli hadiah untuk deberikan kepada pihak sekolah jika majlis dibuat di sekolah atau ada menjemput pihak sekolah untuk memeriahkan majlis pertemuan semula.
    • Melantik dan menyusun tugasan untuk kakitangan yang terlibat semasa majlis pertemuan semula.
    • Melantik pengerusi majlis.
    • Membeli cenderamata untuk jemputan majlis pertemuan semula.
    • Membuat pertunjukan slaid foto-foto lama untuk mengimbas kenangan lama.
    Read On

    Tips Asas Penulisan Blog

    0 comments



    • Menghasilkan kandungan penulisan yang unik dan luar biasa.
    • Pastikan kandungan penulisan yang informatif dan terkini.
    • Memeriksa tatabahasa dan ejaan anda.
    • Susun atur kandungan penulisan anda.
    • Optimumkan kandungan penulisan anda untuk enjin carian.
    • Wujudkan tajuk-tajuk yang dapat menarik pembaca.
    • Tentukan siapakah sasaran pembaca anda.
    • Tentukan berapa kerap anda update blog anda.
    • Beri kredit untuk setiap apa yang pembaca anda komen.
    • Letakkan search box dibahagian atas blog anda untuk memudahkan pembaca mencari isi kandungan blog.
    • Letakkan imej-imej yang dapat menyokong isi kandungan penulisan anda
    • Masukkan video-video interaktif.
    • Letakkan borang kaji selidik(poll) bagi mendapatkan sebarang informasi tentang blog anda dari pembaca.
    • Mendaftar blog anda di mana-mana direktori blog.
    • Beri pilihan kepada pembaca untuk melanggan blog anda melalui e-mel.
    • Dapatkan Suapan Rss.
    • Meletakkan fungsi "share content" pada setiap penulisan.
    • Memantau trafik, pautan, komen dan di mana kandungan penulisan anda telah dikongsi oleh pembaca.
    Read On
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...