Cara Membasuh Dan Mencuci Kereta Dengan Betul


  • Alat yang diperlukan:
  1. Baldi 
  2. Dua atau tiga span
  3. Sabun cecair (sabun khusus untuk mencuci kereta adalah yang terbaik)
  4. Beberapa helai tuala kering
  5. Hos getah paip
  • Jika boleh, letak kereta anda di tempat yang teduh agar air sabun dari cucian anda tidak dikeringkan oleh matahari sebelum dilap.
  • Sebelum anda mencuci kereta, anda perlu menyembur kereta dengan air dari atas ke bawah. Dapatkan semburan air yang kuat dari hos untuk menghilangkan kotoran pada body, tayar dan bawah kereta.
  • Isi baldi dengan air sabun. Mulai dari atas, gosok perlahan-lahan menggunakan span agar tidak meninggalkan kesan calar pada cat kereta.
  • Sentiasa lakukan cucian dan gosokan bermula dari atas ke bawah dan lakukan sedikit demi sedikit dengan diselangi dengan bilasan dengan air agar sabun tidak kering pada kereta.
  • Beralih kepada cucian kepada cermin kereta. Gosok cermin sehingga ianya bersih. Kemudian lap hingga kering cermin menggunakan surat khabar lama hingga berkilat. Sekali lagi, cuci, bilas dan lap satu persatu cermin agar sabun tidak kering pada cermin kereta.
  • Kemudian, beralih pula ke bahagian yang lebih bawah seperti pintu kereta, hood, lampu, bumper dan lain-lain. Ulangi teknik yang sama seperti disebelum ini dan lap menggunakan tuala kering.
  • Untuk mendapatkan hasil cucian yang benar-benar bersih dan berkilat, span dan tuala hendaklah sentiasa bersih. Jika anda mendapati span atau tuala telah kotor, bersihkan atau tukar kepada yang lain.
nota: mengelap cermin menggunakan surat khabar dikatakan boleh memberi kilatan yang lebih berbanding menggunakan tuala kering.

sumber: pekerja car wash dan cleaner pejabat.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...