Tips Menjaga Seluar Jeans







Antara cara-cara yang boleh dipertimbangkan untuk menjaga jeans anda:

  • Cuci jeans anda dengan air yang tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu hangat.
  • Jangan gunakan peluntur untuk mencuci jeans.
  • Jangan gunakan mesin pengering untuk mengeringkan jeans anda.
  • Biarkan jeans yang selesai dicuci diampaian yang teduh untuk dikeringkan secara semulajadi.
  • Terbalikkan jeans anda ketika mencucinya untuk mengelakkan warna jeans cepat pudar.
  • Mencuci jeans baru dan lama secara sekali gus juga dikatakan dapat melambatkan proses pemudaran warna kepada jeans yang lama.
  • Jangan mencuci jeans dengan kuantiti yang banyak sekali gus. Hadkan kepada hanya 4 helai untuk satu cucian.
  • Terdapat jeans yang boleh mengecut sehingga 5cm(2 inci) selepas dibasuh. Cara terbaik ialah bertanya kepada penjual jeans sejauh mana jeans akan mengecut setelah dibasuh.

5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...