Showing posts with label saham. Show all posts
Showing posts with label saham. Show all posts

Tips Memulakan Pelaburan Dalam Pasaran Modal (Part 4)

2 comments





Jangan Menyimpan Satu-satu Saham Terlalu Lama dan Berurusniaga Dengan Saham yang Aktif.

  • Pasaran saham di Malaysia adalah salah satu pasaran yang kuat dan kadang kala ia adalah pasaran saham paling dinamik di dunia.
  • Walaupun pasaran saham selalunya akan pulih selapas ianya jatuh, hal yang sama mungkin tidak akan berlaku kepada sesebuah syarikat. Sedangkan pada saat pasaran saham melonjak naik, masih ada syarikat yang mengalami kerugian yang tinggi.
  • Dengan berurusniaga hanya kepada saham yang sedang dalam trend menaik dan menjual saham-saham yang sedang dalam trend menurun, dapat mengelakkan anda dari menanggung kerugian yang lebih besar. Ini adalah salah satu rahsia untuk mengambil kesempatan terhadap trend pasaran dan mendapat keuntungan secara konsisten.
  • Perhatikan kepada kolum "volume" atau "lots done" dalam laporan saham harian. "Volume" atau "lots done" ini menunjukkan saham yang sudah diniagakan atupun yang sudah bertukar tangan pada hari itu. Jika anda darabkan dengan harga saham itu, anda akan dapat melihat berapa nilai sebenar wang yang telah bertukar tangan pada hari itu. Jika nilainya tinggi maka ini menunjukkan saham itu mempunyai kecairan yang tinggi dan aktif. Ia juga menunjukkan saham itu mudah dibeli dan paling penting mudah untuk dijual kerana terdapat banyak pembeli dan penjual yang menunggu untuk berurusniaga untuk saham itu.
  • Elakkan dari membeli saham yang tidak aktif kerana anda mungkin akan menyimpannya dalam satu jangka masa yang lama kerana anda tidak dapat mencari pembeli untuk menjual saham anda.
  • Sebagai contoh, "volume" saham sebuah syarikat mempunyai 100,000 unit saham yang diniagakan hari ini dan harga penutupan adalah RM1.50, kita dapat menjangkakan bahawa nilai saham bernilai RM150,000  telah berpindah tangan hari ini.
Read On

Tips Memulakan Pelaburan Dalam Pasaran Modal (Part 3)

0 comments


Sentiasa Berurusniaga Mengikut Trend Semasa

  • Trend adalah petunjuk penting dalam urusniaga saham. Jika harga saham meningkat, kita boleh mendapat keuntungan dengan membeli saham itu. Jika harga saham jatuh, kita perlu mencari peluang lain. Adalah tidak masuk akal untuk membeli saham yang sedang dalam trend menurun. Objektifnya adalah mudah - mencari saham pada keadaan trend menaik dan mengambil peluang ditengah-tengah trend itu.
  • Melihat Keadaan Keseluruhan Pasaran
  1. Adalah penting untuk melihat terlebih dahulu apa yang berlaku pada pasaran pada keseluruhannya. Ia dapat dilihat dengan merujuk kepada kumpulan saham-saham utama atau dikenali sebagai All Ordinaries. Jika All Ordinaries sedang naik, maka ia menunjukkan bahawa saham-saham utama telah meningkat dan pasaran berada dalam keadaan trend menaik.
  • Ada lebih dari 1000 syarikat yang berdaftar di Bursa Malaysia yang boleh anda pilih untuk melabur. Untuk mengkaji satu persatu pasti akan mengambil masa yang agak lama. Namun, dengan merujuk kepada trend All Orinaries anda boleh berurusniaga mengikut trend semasa dan mencari sektor yang sesuai pada ketika itu.
  • Apa Itu Sektor?
  1. Sektor adalah kumpulan syarikat yang terlibat dalam industri yang sama. Contohnya, syarikat perbankan dan insurans akan dikumpulkan bersama-sama di sektor Kewangan. Setiap sektor umumnya dipengaruhi oleh keadaan ekonomi semasa dimana pergerakan harga bagi syarikat-syarikat di dalam satu-satu sektor cenderung mengikut arah trend yang sama.
  • Walaupun pada kebiasaannya pelabur baru membeli pada trend menaik, ada juga pelabur yang memilih strategi membeli ketika trend menurun. Ini adalah proses dimana pembelian saham dilakukan berkali-kali ketika harga sedang turun untuk mendapatkan purata harga yang lebih rendah dan kemudian menunggu trend kembali menaik untuk menjual. Strategi ini dinamakan bargain hunting dan ia adalah strategi berisiko kerana harga saham mungkin tidak akan pulih dan terus menurun.
  • Setiap pelabur perlu memahami bahawa berurusniaga dengan mengikut trend adalah sangat penting untuk berjaya. Dan juga, tujuan utama mengikut trend bukanlah untuk membeli pada harga paling rendah dan menjual pada harga yang paling tinggi, tetapi ialah untuk mendapatkan keuntungan ditengah-tengah trend yang sedang menaik.

nota: ini adalah cadangan sahaja. setiap pelabur sepatutnya mempunyai cara mereka sendiri dan pasaran saham adalah sesuatu yang sukar dijangka.
Read On

Tips Memulakan Pelaburan Dalam Pasaran Modal (Part 2)

0 comments



Strategi-strategi Pengurusan Risiko

Dalam apa-apa pelaburan pun, sama ada jual beli saham, hartanah atau perniagaan, adalah penting untuk anda faham apakah risiko-risiko yang bakal anda hadapi dan bagaimana untuk meminimumkan risiko-risiko itu. Proses ini digelar "Pengurusan Risiko" ataupun "Risk Management".

Tiga Unsur-unsur Pengurusan Risiko

  • 1. Bahagi-bahagikan Pelaburan Anda: Jangan Meletakkan Semuanya Dalam Satu Tempat.
  1. Pelbagaikan portfolio pelaburan anda. Jangan letakkan modal anda untuk hanya satu pelaburan tunggal.
  2. Bahagi-bahagikan modal anda untuk beberapa jenis saham. Contoh, 20% dalam satu saham tunggal.

  • 2. Merancang Pintu Keluar Anda
  1. Bagi pelabur-pelabur amatur, setelah membeli satu-satu saham mereka mengharapkan harga akan naik kepada suatu tahap dimana mereka akan mengutip hasil pelaburan mereka iaitu keuntungan. Namun jika harganya terus menurun mereka akan memegang saham itu dengan harapan ianya akan kembali pulih dan naik suatu masa nanti. Ini adalah satu kesilapan kerana sering terjadi saham itu akan terus merundum dan mengambil masa yang sangat lama untuk pulih.
  2. Tetapi bagi seorang pelabur profesional, mereka menganggap kenaikan harga saham adalah suatu kemungkinan dan bukan suatu yang pasti. Oleh itu, apabila mereka membeli satu-satu saham mereka akan mewujudkan satu titik harga dimana jika harga saham itu telah jatuh pada titik harga itu, maka mereka akan menjual saham itu dan beralih kepada saham yang lain pula. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko mereka menanggung kerugian yang lebih besar.
  3. Memelihara dan mengekalkan modal anda adalah asas untuk menjadi pelabur yang berjaya. Jika anda melabur dalam satu-satu saham dan mendapat kerugian besar dari pelaburan itu, maka semakin sukar untuk anda. Ini kerana jika anda menanggung satu kerugian besar, anda perlu membuat satu keuntungan besar hanya untuk anda sampai ke tahap pulang modal. Kunci untuk pelabur yang berjaya ialah cuba untuk kekalkan kerugian anda pada tahap yang paling kecil.

  • 3. Stop Loss
  1. Perhatikan pergerakan saham yang anda beli sejak dari mula anda membelinya. Jika ia jatuh dibawah 10% dari harga pada mula anda membelinya, maka itu adalah petanda anda perlu menjualnya. Tetapi 10% bukanlah suatu kemestian dan anda boleh mengubahnya mengikut keselesaan cara anda bermain. Perlu diingat, jika anda meletakkan peratusan yang terlalu rendah, maka anda mungkin akan menjualnya terlalu awal dan jika anda meletakkan peratusan terlalu tinggi anda mungkin akan terlepas keuntungan yang anda sepatutnya dapat.
Read On

Tips Memulakan Pelaburan Dalam Pasaran Modal (Part 1)

0 comments



Mulakan Dengan Perancangan Kewangan

  • Tentukan Objektif-objektif Kewangan Anda.
  1. Jika anda berumur dalam lingkungan 60 tahun dan memerlukan aliran tunai untuk persaraan, keutamaan harus diberikan kepada pelabuaran yang menghasilkan satu aliran pendapatan berbanding pertumbuhan nilai aset yang besar.
  2. Jika anda berusia dalam lingkungan 25 tahun dan baru mula untuk melabur, pelaburan yang memberi pertumbuhan modal akan menjadi keutamaan berbanding aliran pendapatan.

  • Kenal Pasti Tahap Risiko Pelaburan Anda.
  1. Putuskan tahap risiko yang anda sanggup ambil dan jenis pelaburan anda mampu. Ingat, lebih tinggi pulangan anda ingin capai, lebih tinggi risiko.
  • Tahap Risiko Rendah
  1. Tidak mahu menanggung risiko yang tinggi dan hanya berminat dengan pelaburan yang memberi pendapatan tetap (bond-bond kerajaan, bank deposit)
  • Tahap Risiko Sederhana
  1. Sanggup mengambil risiko tetapi tidak terlalu tinggi (saham-saham mewah dan saham sektor kewangan).
  • Tahap Risiko Tinggi
  1. Berani mengambil risiko dan mencari pulangan yang tinggi(saham-saham syarikat yang baru disenaraikan)

  • Bagaimanakah Anda Mendapatkan Dana Untuk Pelaburan Anda?
  1. Lebihan dari simpanan anda.
  2. Pengeluaran simpanan KWSP juga adalah satu cara efektif untuk menyediakan dana untuk pelaburan dan kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai akses untuk perkhidmatan ini.
  3. Kebanyakan bank dan kumpulan-kumpulan insurans ada menawarkan kemudahan pinjaman margin. Pinjaman margin adalah di mana anda memulakan satu portfolio dengan simpanan. Kemudian anda boleh menggunakan portfolio ini sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman untuk membeli lebih banyak saham.

"Dalam pelaburan, pengetahuan untuk melabur adalah lebih penting dari jumlah dana yang anda ada"
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...