Tips Memulakan Pelaburan Dalam Pasaran Modal (Part 2)



Strategi-strategi Pengurusan Risiko

Dalam apa-apa pelaburan pun, sama ada jual beli saham, hartanah atau perniagaan, adalah penting untuk anda faham apakah risiko-risiko yang bakal anda hadapi dan bagaimana untuk meminimumkan risiko-risiko itu. Proses ini digelar "Pengurusan Risiko" ataupun "Risk Management".

Tiga Unsur-unsur Pengurusan Risiko

  • 1. Bahagi-bahagikan Pelaburan Anda: Jangan Meletakkan Semuanya Dalam Satu Tempat.
  1. Pelbagaikan portfolio pelaburan anda. Jangan letakkan modal anda untuk hanya satu pelaburan tunggal.
  2. Bahagi-bahagikan modal anda untuk beberapa jenis saham. Contoh, 20% dalam satu saham tunggal.

  • 2. Merancang Pintu Keluar Anda
  1. Bagi pelabur-pelabur amatur, setelah membeli satu-satu saham mereka mengharapkan harga akan naik kepada suatu tahap dimana mereka akan mengutip hasil pelaburan mereka iaitu keuntungan. Namun jika harganya terus menurun mereka akan memegang saham itu dengan harapan ianya akan kembali pulih dan naik suatu masa nanti. Ini adalah satu kesilapan kerana sering terjadi saham itu akan terus merundum dan mengambil masa yang sangat lama untuk pulih.
  2. Tetapi bagi seorang pelabur profesional, mereka menganggap kenaikan harga saham adalah suatu kemungkinan dan bukan suatu yang pasti. Oleh itu, apabila mereka membeli satu-satu saham mereka akan mewujudkan satu titik harga dimana jika harga saham itu telah jatuh pada titik harga itu, maka mereka akan menjual saham itu dan beralih kepada saham yang lain pula. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko mereka menanggung kerugian yang lebih besar.
  3. Memelihara dan mengekalkan modal anda adalah asas untuk menjadi pelabur yang berjaya. Jika anda melabur dalam satu-satu saham dan mendapat kerugian besar dari pelaburan itu, maka semakin sukar untuk anda. Ini kerana jika anda menanggung satu kerugian besar, anda perlu membuat satu keuntungan besar hanya untuk anda sampai ke tahap pulang modal. Kunci untuk pelabur yang berjaya ialah cuba untuk kekalkan kerugian anda pada tahap yang paling kecil.

  • 3. Stop Loss
  1. Perhatikan pergerakan saham yang anda beli sejak dari mula anda membelinya. Jika ia jatuh dibawah 10% dari harga pada mula anda membelinya, maka itu adalah petanda anda perlu menjualnya. Tetapi 10% bukanlah suatu kemestian dan anda boleh mengubahnya mengikut keselesaan cara anda bermain. Perlu diingat, jika anda meletakkan peratusan yang terlalu rendah, maka anda mungkin akan menjualnya terlalu awal dan jika anda meletakkan peratusan terlalu tinggi anda mungkin akan terlepas keuntungan yang anda sepatutnya dapat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...