Tips Memulakan Pelaburan Dalam Pasaran Modal (Part 3)


Sentiasa Berurusniaga Mengikut Trend Semasa

  • Trend adalah petunjuk penting dalam urusniaga saham. Jika harga saham meningkat, kita boleh mendapat keuntungan dengan membeli saham itu. Jika harga saham jatuh, kita perlu mencari peluang lain. Adalah tidak masuk akal untuk membeli saham yang sedang dalam trend menurun. Objektifnya adalah mudah - mencari saham pada keadaan trend menaik dan mengambil peluang ditengah-tengah trend itu.
  • Melihat Keadaan Keseluruhan Pasaran
  1. Adalah penting untuk melihat terlebih dahulu apa yang berlaku pada pasaran pada keseluruhannya. Ia dapat dilihat dengan merujuk kepada kumpulan saham-saham utama atau dikenali sebagai All Ordinaries. Jika All Ordinaries sedang naik, maka ia menunjukkan bahawa saham-saham utama telah meningkat dan pasaran berada dalam keadaan trend menaik.
  • Ada lebih dari 1000 syarikat yang berdaftar di Bursa Malaysia yang boleh anda pilih untuk melabur. Untuk mengkaji satu persatu pasti akan mengambil masa yang agak lama. Namun, dengan merujuk kepada trend All Orinaries anda boleh berurusniaga mengikut trend semasa dan mencari sektor yang sesuai pada ketika itu.
  • Apa Itu Sektor?
  1. Sektor adalah kumpulan syarikat yang terlibat dalam industri yang sama. Contohnya, syarikat perbankan dan insurans akan dikumpulkan bersama-sama di sektor Kewangan. Setiap sektor umumnya dipengaruhi oleh keadaan ekonomi semasa dimana pergerakan harga bagi syarikat-syarikat di dalam satu-satu sektor cenderung mengikut arah trend yang sama.
  • Walaupun pada kebiasaannya pelabur baru membeli pada trend menaik, ada juga pelabur yang memilih strategi membeli ketika trend menurun. Ini adalah proses dimana pembelian saham dilakukan berkali-kali ketika harga sedang turun untuk mendapatkan purata harga yang lebih rendah dan kemudian menunggu trend kembali menaik untuk menjual. Strategi ini dinamakan bargain hunting dan ia adalah strategi berisiko kerana harga saham mungkin tidak akan pulih dan terus menurun.
  • Setiap pelabur perlu memahami bahawa berurusniaga dengan mengikut trend adalah sangat penting untuk berjaya. Dan juga, tujuan utama mengikut trend bukanlah untuk membeli pada harga paling rendah dan menjual pada harga yang paling tinggi, tetapi ialah untuk mendapatkan keuntungan ditengah-tengah trend yang sedang menaik.

nota: ini adalah cadangan sahaja. setiap pelabur sepatutnya mempunyai cara mereka sendiri dan pasaran saham adalah sesuatu yang sukar dijangka.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...