Tips Membuat Majlis Perjumpaan Semula



Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dan disediakan jika mahu membuat alumni/ class reunion/ gathering/ perjumpaan semula:

  • Membentuk satu jawatankuasa untuk majlis pertemuan semula.
  • Pilihkan pengerusi dan bendahari majlis pertemuan semula.
  • Wujudkan jawatankuasa kecil untuk menjalankan tugas-tugas tertentu.
  • Wujudkan mesyuarat-mesyuarat secara tetap untuk jawatankuasa majlis pertemuan semula.
  • Pertimbangkan untuk berkerjasama dengan pakar perancangan majlis pertemuan semula.
  • Rujuk rakan-rakan sekelas untuk sebarang idea.
  • Mengkaji semua idea awal.
  • Wujudkan satu belanjawan.
  • Pilih satu tarikh dan lokasi.
  • Wujudkan satu senarai alumni kelas dan hubungi mereka untuk memberitahu tentang perancangan majlis pertemuan semula.
  • Mencipta satu laman web khas untuk majlis pertemuan semula.
  • Membuat agenda untuk majlis pertemuan semula.
  • Merancang bentuk hiburan yang diperlukan.
  • Mengupah jurugambar atau juruvideo.
  • Menempah catering dan tetapkan menu.
  • Memastikan samada terdapat apa-apa aktiviti tambahan yang perlu disusun.  
  • Menyediakan tempat tinggal untuk jemputan-jemputan yang datang dari luar daerah/ kawasan.
  • Bayar deposit untuk sebarang tempahan.
  • Menyusun atur proses pendaftaran.
  • Hebahkan acara.
  • Membuat tanda nama atau name tag.
  • Merancang dan membeli hiasan jika perlu.
  • Membeli hadiah untuk deberikan kepada pihak sekolah jika majlis dibuat di sekolah atau ada menjemput pihak sekolah untuk memeriahkan majlis pertemuan semula.
  • Melantik dan menyusun tugasan untuk kakitangan yang terlibat semasa majlis pertemuan semula.
  • Melantik pengerusi majlis.
  • Membeli cenderamata untuk jemputan majlis pertemuan semula.
  • Membuat pertunjukan slaid foto-foto lama untuk mengimbas kenangan lama.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...