Tips Memulakan Pelaburan Dalam Pasaran Modal (Part 4)





Jangan Menyimpan Satu-satu Saham Terlalu Lama dan Berurusniaga Dengan Saham yang Aktif.

  • Pasaran saham di Malaysia adalah salah satu pasaran yang kuat dan kadang kala ia adalah pasaran saham paling dinamik di dunia.
  • Walaupun pasaran saham selalunya akan pulih selapas ianya jatuh, hal yang sama mungkin tidak akan berlaku kepada sesebuah syarikat. Sedangkan pada saat pasaran saham melonjak naik, masih ada syarikat yang mengalami kerugian yang tinggi.
  • Dengan berurusniaga hanya kepada saham yang sedang dalam trend menaik dan menjual saham-saham yang sedang dalam trend menurun, dapat mengelakkan anda dari menanggung kerugian yang lebih besar. Ini adalah salah satu rahsia untuk mengambil kesempatan terhadap trend pasaran dan mendapat keuntungan secara konsisten.
  • Perhatikan kepada kolum "volume" atau "lots done" dalam laporan saham harian. "Volume" atau "lots done" ini menunjukkan saham yang sudah diniagakan atupun yang sudah bertukar tangan pada hari itu. Jika anda darabkan dengan harga saham itu, anda akan dapat melihat berapa nilai sebenar wang yang telah bertukar tangan pada hari itu. Jika nilainya tinggi maka ini menunjukkan saham itu mempunyai kecairan yang tinggi dan aktif. Ia juga menunjukkan saham itu mudah dibeli dan paling penting mudah untuk dijual kerana terdapat banyak pembeli dan penjual yang menunggu untuk berurusniaga untuk saham itu.
  • Elakkan dari membeli saham yang tidak aktif kerana anda mungkin akan menyimpannya dalam satu jangka masa yang lama kerana anda tidak dapat mencari pembeli untuk menjual saham anda.
  • Sebagai contoh, "volume" saham sebuah syarikat mempunyai 100,000 unit saham yang diniagakan hari ini dan harga penutupan adalah RM1.50, kita dapat menjangkakan bahawa nilai saham bernilai RM150,000  telah berpindah tangan hari ini.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...