- Jangan gunakan bateri dan charger telefon bimbit yang tiruan ataupun yang bukan dari pengeluar sebenar jenama telefon bimbit anda.
- Elakkan bateri telefon bimbit dari terdedah atau bersentuhan dengan objek logam seperti syiling, kunci dan bahan perhiasan.
- Jangan hentak, tebuk atau hempap dengan kuat bateri telefon bimbit anda. Tekanan yang tinggi boleh menyebabkan litar pintas dalaman dan overheating.
- Elakkan telefon bimbit dari terjatuh. Jika telefon bimbit terjatuh, terutama di atas permukaan yang keras, ia mungkin menyebabkan kerosakan pada telefon bimbit dan bateri. Jika anda mengesyaki adanya kerosakan pada telefon bimbit atau bateri, bawa ke kedai untuk pemeriksaan segera.
- Jangan letakkan telefon bimbit berdekatan dengan tempat-tempat panas atau tempat-tempat yang mungkin menjadi sangat panas seperti tempat memasak, alat memasak, besi, atau radiator.
- Elakkan telefon bimbit atau bateri anda terkena air atau basah. Walaupun ia akan kembali kering dan berfungsi secara normal, litar dalaman mungkin akan rosak secara perlahan-lahan dan boleh mendatangkan bahaya.
- Baca dan ikut panduan penggunaan, penyimpanan dan pengecas bateri di dalam manual pengguna.
Read On
- Periksa cermin mata hitam anda jika ada tanda-tanda kehausan atau kerosakan. Jika skru engsel sudah longgar, hantar ke kedai untuk diketatkan. Ataupun anda boleh melakukannya sendiri dengan menggunakan pemutar skru yang kecil.
- Perhatikan keselarian kedua-dua frame cermin mata hitam anda dengan teliti ketika berada di depan cermin. Jika ia nampak tidak selari, maka anda perlu menghantarnya ke kedai untuk membetulkan keselariannya.
- Kerap memeriksa lensa cermin mata hitam anda untuk mengesan sebarang kesan calar. Terdapat cermin mata hitam yang mempunyai jaminan setahun untuk kesan calar. Lensa yang diperbuat daripada kaca adalah yang terbaik dan tahan calar.
- Simpan cermin mata hitam anda dalam karung atau kotak cermin mata jika anda tidak memakainya.
- Gunakan kedua-dua tangan untuk menanggalkan cermin mata hitam anda. Biarkan "temples" terbuka dan letak dipermukaan yang rata.
- Bersihkan peluh pada cermin mata hitam anda secepat mungkin. Peluh dan kesan kulit berminyak boleh menyebabkan frame dan lensa cepat rosak.
- Jangan meninggalkan meninggalkan cermin mata hitam anda pada dashboard kereta. Pendedahan kepada suhu yang amat panas pada dashboard kereta yang tertutup boleh merosakan permukaan lensa dan frame.
Read On
- Air adalah ancaman besar kepada kebanyakan pemilik jam tangan. Jika jam tangan anda bukan dari jenis yang kalis air anda perlu berhati-hati dan mengelakkan kerosakan jam tangan anda yang timbul akibat dari terkena air.
- Baca dan ikut panduan yang diberikan di dalam manual pengguna tentang cara mengelakkan dari pendedahan kepada air.
- Jika air telah masuk ke permukaan jam tangan anda, anda akan dapat lihat wap terhasil dibahagian dalam permukaan jam anda.
- Jangan terus membuang jam tangan itu. Ia mungkin masih boleh diselamatkan. Hantar kepada tukang jam professional untuk dibaiki.
- Elakkan meletakkan jam tangan anda di tempat yang sangat panas atau sejuk. Kepanasan yang melampau akan memendekkan umur bateri. Kesejukan melampau pula boleh menyebabkan spring di dalam jam tangan mekanikal cepat rosak.
- Elakkan pendedahan kepada bahan pelarut, bahan kimia dan gas dimana ia boleh menyebabkan kerosakan dan warna semakin pudar dan kurang menyerlah.
- Elakkan jam tangan dari terjatuh atau menerima impak hentakkan yang kuat.
- Memakai jam tangan yang sesuai mengikut jenis pekerjaan anda. Jika anda bekerja di kawasan pembinaan atau tempat-tempat pekerjaan yang lasak maka anda memerlukan jam tangan yang tahan lasak.
- Jauhkan jam tangan anda dari tenaga elektrik atau magnet seperti tv dan radio.
- Tanggalkan jam tangan anda ketika mandi atau membasuh.
- Air masin seperti air laut mungkin akan menyebabkan hakisan ke atas jam tangan anda.
- Jangan letakkan jam tangan ke dalam beg tangan kerana habuk dan debu halus akan masuk ke dalam jam tangan. Bahan kosmetik dan minyak wangi di dalam beg tangan juga akan menyebabkan hakisan dan pengoksidaan kepada jam tangan.
- Juga elakkan menyimpan jam tangan di dalam laci bersama-sama dengan alat kosmetik dan minyak wangi.
- Hantar kepada pakar jika terdapat kerosakan pada jam tangan anda.
- Bersihkan jam tangan anda secara profesional.
nota: setiap jenis jam tangan mungkin mempunyai cara penjagaan yang berbeza mengikut jenamanya yang tersendiri.
Read On
|