- Lindungi kepala anda. Pakai topi keledar.
- Kenakan pakaian yang berwarna neon yang cerah diwaktu siang agar anda mudah dilihat oleh pengguna jalan raya.
- Elakkan berbasikal pada waktu malam. Jika berbasikal di malam hari, letakkan lampu di hadapan dan di belakang basikal anda. Juga jangan lupa kenakan pakaian yang akan memantulkan cahaya.
- Sentiasa berwaspada. Perhatikan setiap inci jalan di hadapan anda.
- Jalan mengikut arus trafik.
- Sentiasa berwaspada dengan keadaan trafik di sekitar anda.
- Pelajari peraturan jalan raya. Patuhi peraturan jalan raya.
- Pastikan basikal benar-benar selamat ditunggang. Periksa keadaan terutama rim, roda, rantai dan brek sebelum menunggang basikal.
Read On
- Pastikan tali kasut anda diikat dengan baik sebelum menaiki eskalator.
- Berdiri di tengah-tengah tangga eskalator dan melangkah sebaik sahaja anda sampai di penghujung eskalator.
- Sentiasa memegang tangan kanak-kanak ketika menaiki eskalator dan jangan membenarkan kanak-kanak duduk atau bermain di tangga eskalator.
- Keluarkan anak anda dari stroller atau troli ketika menaiki eskalator.
- Sentiasa memandang ke arah hadapan.
- Elakkan berdiri dibahagian paling tepi kerana kemalangan sering berlaku terhadap pengguna yang berada di sisi eskalator.
- Perhatikan kedudukan butang kecemasan. Ia mungkin diperlukan untuk menghentikan eskalator jika berlaku sebarang kecemasan.
Read On
- Jangan gunakan bateri dan charger telefon bimbit yang tiruan ataupun yang bukan dari pengeluar sebenar jenama telefon bimbit anda.
- Elakkan bateri telefon bimbit dari terdedah atau bersentuhan dengan objek logam seperti syiling, kunci dan bahan perhiasan.
- Jangan hentak, tebuk atau hempap dengan kuat bateri telefon bimbit anda. Tekanan yang tinggi boleh menyebabkan litar pintas dalaman dan overheating.
- Elakkan telefon bimbit dari terjatuh. Jika telefon bimbit terjatuh, terutama di atas permukaan yang keras, ia mungkin menyebabkan kerosakan pada telefon bimbit dan bateri. Jika anda mengesyaki adanya kerosakan pada telefon bimbit atau bateri, bawa ke kedai untuk pemeriksaan segera.
- Jangan letakkan telefon bimbit berdekatan dengan tempat-tempat panas atau tempat-tempat yang mungkin menjadi sangat panas seperti tempat memasak, alat memasak, besi, atau radiator.
- Elakkan telefon bimbit atau bateri anda terkena air atau basah. Walaupun ia akan kembali kering dan berfungsi secara normal, litar dalaman mungkin akan rosak secara perlahan-lahan dan boleh mendatangkan bahaya.
- Baca dan ikut panduan penggunaan, penyimpanan dan pengecas bateri di dalam manual pengguna.
Read On
- Gunakan kata laluan berbeza untuk akaun e-mail, Google Docs dan akses dalam talian lain. Ini bererti anda tidak harus menggunakan satu kata laluan untuk semua akaun.
- Scan komputer anda untuk mengesan malware dan spyware.
- Jangan menjawab atau membekalkan maklumat peribadi untuk mana-mana e-mail yang anda terima sekiranya anda mengesyaki sesuatu.
- Ingat: tiada organisasi akan mengirim e-mail kepada anda dan meminta butiran anda.
- Menukar kata laluan anda secara berkala(contoh: satu atau dua bulan sekali).
- Jika anda terasa mana-mana daripada maklumat anda telah diekses oleh orang luar, tukar kata laluan dengan lebih kerap.
- Apabila mengubah kata laluan anda, sentiasa jadikan kata laluan yang baru itu betul-betul berlainan dengan kata laluan sebelumnya. Jangan hanya mengubah satu atau dua karektor sahaja.
Read On
- Elakkan menggunakan ATM antara 7 petang dan tengah malam(lebih 50% jenayah di ATM berlaku pada waktu ini)
- Cubalah untuk memilih ATM yang:
- Terang
- Di kawasan yang sibuk dan ramai orang
- Keluarkan kad ATM terlebih dahulu sebelum menggunakan ATM
- Perhatikan persekitaran anda
- Perhatikan orang yang mencurigakan dan apa aktivitinya
- Setiap ATM mempunyai cermin. Gunakan cermin ini di untuk memantau aktiviti di belakang anda
- Jangan mengira atau tayangkan wang selepas menggunakan ATM
- Setelah pengeluaran wang:
- Jangan pamerkan wang anda
- Jangan berlengah-lengah di kawasan ATM tersebut. Terus beredar.
- Jika seseorang tidak dikenali datang menghampiri:
- Terus masuk ke dalam kereta dan kunci kemudian beredar dari situ. Bersedia untuk menekan hon kereta jika perkara tidak diingini berlaku.
Read On
|