Tips Keselamatan Untuk E-mail

  • Gunakan kata laluan berbeza untuk akaun e-mail, Google Docs dan akses dalam talian lain. Ini bererti anda tidak harus menggunakan satu kata laluan untuk semua akaun.
  • Scan komputer anda untuk mengesan malware dan spyware.
  • Jangan menjawab atau membekalkan maklumat peribadi untuk mana-mana e-mail yang anda terima sekiranya anda mengesyaki sesuatu.
  • Ingat: tiada organisasi akan mengirim e-mail kepada anda dan meminta butiran anda.
  • Menukar kata laluan anda secara berkala(contoh: satu atau dua bulan sekali).
  • Jika anda terasa mana-mana daripada maklumat anda telah diekses oleh orang luar, tukar kata laluan dengan lebih kerap.
  • Apabila mengubah kata laluan anda, sentiasa jadikan kata laluan yang baru itu betul-betul berlainan dengan kata laluan sebelumnya. Jangan hanya mengubah satu atau dua karektor sahaja.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...