Tips Membeli Rumah (Part 2)

Memilih Rumah

  • Kenal pasti kawasan yang ingin didiami dengan menyemak akhbar, laman-laman web, majalah hartanah, membuat lawatan dan berbincang dengan rakan-rakan atau ahli keluarga.
  • Kenal pasti prasarana dan trend kejiranan seperti sekolah, kadar jenayah, tempat-tempat atau taman-taman awam, pengangkutan, kedai-kedai, bank, aktiviti sosial, hospital dan lain-lain.
  • Selidik trend dan nilai rumah semasa.
  • Buat satu senarai kriteria-kriteria rumah idaman anda. Walaupun anda tidak akan dapat seperti yang diidamkan sekurang-kurangnya anda dapat membezakan apakah keinginan dan keperluan.
  • Menghubungi agen hartanah untuk mencari rumah.
  • Cari dan lihat seberapa banyak rumah yang mempunyai potensi agar anda dapat banyak pilihan.
  • Menghadiri pameran rumah untuk mendapatkan informasi.
  • Jika boleh dapatkan khidmat agen hartanah yang anda kenali dan selasa untuk berurusniaga.
  • Periksa keadaan rumah yang bakal dibeli dengan teliti seperti kesan-kesan kebakaran, banjir, serangan makhluk perosak, kebocoran siling, keretakan, struktur rumah dan lain-lain.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...