Apa Perlu Dilakukan Ketika Menggunakan ATM

  • Elakkan menggunakan ATM antara 7 petang dan tengah malam(lebih 50% jenayah di ATM berlaku pada waktu ini)

  • Cubalah untuk memilih ATM yang: 
  1. Terang
  2. Di kawasan yang sibuk dan ramai orang

  • Keluarkan kad ATM terlebih dahulu sebelum menggunakan ATM

  • Apabila menggunakan ATM:
  1. Perhatikan persekitaran anda
  2. Perhatikan orang yang mencurigakan dan apa aktivitinya
  3. Setiap ATM mempunyai cermin. Gunakan cermin ini di untuk memantau aktiviti di belakang anda

  • Jangan mengira atau tayangkan wang selepas menggunakan ATM

  • Setelah pengeluaran wang:
  1. Jangan pamerkan wang anda
  2. Jangan berlengah-lengah di kawasan ATM tersebut. Terus beredar.

  • Jika seseorang tidak dikenali datang menghampiri:
  1. Terus masuk ke dalam kereta dan kunci kemudian beredar dari situ. Bersedia untuk menekan hon kereta jika perkara tidak diingini berlaku.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...