Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Tips Pengurusan Masa dan Rumah Bagi Ibu Berkerja

2 comments




Sebagai ibu yang berkerja tidak dinafikan kita cukup terbeban dengan rutin harian, jadi mungkin tips ini dapat membantu dalam pengurusan masa dan kelengkapan anak.

Read On

Apa Perlu Ada Dalam Toolbox

0 comments

Setiap isi rumah sepatutnya memerlukan toolbox dimana alatan tangan atau alat pertukangan disimpan di dalamnya. Alatan tangan di dalam toolbox boleh digunakan jika berlaku keroskan kecil kepada peralatan di dalam rumah dimana kerosakan itu boleh dibaiki oleh anda sendiri.

Namun, peralatan di dalam toolbox tidak semestinya lengkap. Cukup sekadar peralatan asas bagi yang baru pertama kali ingin memiliki sebuah toolbox. Berikut adalah antara alatan tangan asas yang perlu ada di dalam toolbox anda:

  • Pemutar Skru
Terdapat 2 jenis asas
  1. Pemutar skru mata rata
  2. Pemutar skru mata Philip
Fungsi
  1. Memasang atau menanggalkan skru

  • Spanar
Terdapat beberapa jenis asas
  1. Spanar boleh laras
  2. Spanar
  3. Spanar soket
Fungsi
  1. Digunakan untuk mengetat atau melonggarkan bolt atau nat.

  • Tukul kuku kambing
Fungsi
  1. Digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku.

  • Pita pengukur
Fungsi
  1. Digunakan untuk mengukur jarak.

  • Pembaris keluli
Fungsi
  1. mengukur
  2. membina garisan lurus pada permukaan
  3. menguji kerataan permukaan

  • Playar Muncung Tirus
Fungsi
  1. Memotong
  2. Memegang
  3. Mengapit
  4. Memintal
  5. Memusing
  6. Menolak
  7. Menarik

  • Senggerek
Fungsi
  1. Digunakan untuk membuat lubang kecil pada kayu

  • Gergaji Kerat
Fungsi
  1. Digunakan untuk mengerat kayu secara melintang ira kayu

  • Aras Spirit
Fungsi
  1. Alat untuk menentukan aras dan kepugakkan.

  • Pisau Utiliti
Fungsi
  1. Melakukan kerja-kerja memotong

nota: sila "google" sendiri untuk melihat imej sebenar alatan-alatan yang telah saya senaraikan di atas.


    Read On

    Tips Membeli Rumah (Part 2)

    0 comments

    Memilih Rumah

    • Kenal pasti kawasan yang ingin didiami dengan menyemak akhbar, laman-laman web, majalah hartanah, membuat lawatan dan berbincang dengan rakan-rakan atau ahli keluarga.
    • Kenal pasti prasarana dan trend kejiranan seperti sekolah, kadar jenayah, tempat-tempat atau taman-taman awam, pengangkutan, kedai-kedai, bank, aktiviti sosial, hospital dan lain-lain.
    • Selidik trend dan nilai rumah semasa.
    • Buat satu senarai kriteria-kriteria rumah idaman anda. Walaupun anda tidak akan dapat seperti yang diidamkan sekurang-kurangnya anda dapat membezakan apakah keinginan dan keperluan.
    • Menghubungi agen hartanah untuk mencari rumah.
    • Cari dan lihat seberapa banyak rumah yang mempunyai potensi agar anda dapat banyak pilihan.
    • Menghadiri pameran rumah untuk mendapatkan informasi.
    • Jika boleh dapatkan khidmat agen hartanah yang anda kenali dan selasa untuk berurusniaga.
    • Periksa keadaan rumah yang bakal dibeli dengan teliti seperti kesan-kesan kebakaran, banjir, serangan makhluk perosak, kebocoran siling, keretakan, struktur rumah dan lain-lain.
    Read On

    Tips Membeli Rumah (Part 1)

    3 comments

    Kewangan

    • Jika anda masih belum ada simpanan, mulakan sekarang! Pakar-pakar menasihatkan pembeli untuk mendeposit kira-kira 5-10% daripada harga rumah.
    • Mengkaji semula keadaan kewangan semasa anda. Buat atau dapatkan satu laporan kredit.
    • Selidik dan analisis pilihan-pilihan pinjaman perumahan dan jual beli.
    • Berjumpa dan minta pandangan dari penasihat kewangan atau jual beli.
    • Mengurangkan atau melangsaikan hutang semasa anda terlebih dahulu.
    • Berhati-hati dengan kos-kos tambahan yang mungkin ditanggung selepas membeli sebuah rumah, seperti caj bank, yuran-yuran pinjaman, penilaian harta dan lain-lain.
    • Jika ini adalah kali pertama anda membeli rumah, selidik sama ada andakah anda layak mendapat apa-apa bantuan kewangan dari kerajaan.
    • Baca semua dokumen yang berkaitan dengan teliti dan simpan semua dokumen di tempat yang selamat.

    bersambung...
    Read On
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...