Apa Perlu Ada Dalam Toolbox

Setiap isi rumah sepatutnya memerlukan toolbox dimana alatan tangan atau alat pertukangan disimpan di dalamnya. Alatan tangan di dalam toolbox boleh digunakan jika berlaku keroskan kecil kepada peralatan di dalam rumah dimana kerosakan itu boleh dibaiki oleh anda sendiri.

Namun, peralatan di dalam toolbox tidak semestinya lengkap. Cukup sekadar peralatan asas bagi yang baru pertama kali ingin memiliki sebuah toolbox. Berikut adalah antara alatan tangan asas yang perlu ada di dalam toolbox anda:

  • Pemutar Skru
Terdapat 2 jenis asas
  1. Pemutar skru mata rata
  2. Pemutar skru mata Philip
Fungsi
  1. Memasang atau menanggalkan skru

  • Spanar
Terdapat beberapa jenis asas
  1. Spanar boleh laras
  2. Spanar
  3. Spanar soket
Fungsi
  1. Digunakan untuk mengetat atau melonggarkan bolt atau nat.

  • Tukul kuku kambing
Fungsi
  1. Digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku.

  • Pita pengukur
Fungsi
  1. Digunakan untuk mengukur jarak.

  • Pembaris keluli
Fungsi
  1. mengukur
  2. membina garisan lurus pada permukaan
  3. menguji kerataan permukaan

  • Playar Muncung Tirus
Fungsi
  1. Memotong
  2. Memegang
  3. Mengapit
  4. Memintal
  5. Memusing
  6. Menolak
  7. Menarik

  • Senggerek
Fungsi
  1. Digunakan untuk membuat lubang kecil pada kayu

  • Gergaji Kerat
Fungsi
  1. Digunakan untuk mengerat kayu secara melintang ira kayu

  • Aras Spirit
Fungsi
  1. Alat untuk menentukan aras dan kepugakkan.

  • Pisau Utiliti
Fungsi
  1. Melakukan kerja-kerja memotong

nota: sila "google" sendiri untuk melihat imej sebenar alatan-alatan yang telah saya senaraikan di atas.


    0 comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...