Tips Membeli Rumah (Part 2)

0 comments

Memilih Rumah

  • Kenal pasti kawasan yang ingin didiami dengan menyemak akhbar, laman-laman web, majalah hartanah, membuat lawatan dan berbincang dengan rakan-rakan atau ahli keluarga.
  • Kenal pasti prasarana dan trend kejiranan seperti sekolah, kadar jenayah, tempat-tempat atau taman-taman awam, pengangkutan, kedai-kedai, bank, aktiviti sosial, hospital dan lain-lain.
  • Selidik trend dan nilai rumah semasa.
  • Buat satu senarai kriteria-kriteria rumah idaman anda. Walaupun anda tidak akan dapat seperti yang diidamkan sekurang-kurangnya anda dapat membezakan apakah keinginan dan keperluan.
  • Menghubungi agen hartanah untuk mencari rumah.
  • Cari dan lihat seberapa banyak rumah yang mempunyai potensi agar anda dapat banyak pilihan.
  • Menghadiri pameran rumah untuk mendapatkan informasi.
  • Jika boleh dapatkan khidmat agen hartanah yang anda kenali dan selasa untuk berurusniaga.
  • Periksa keadaan rumah yang bakal dibeli dengan teliti seperti kesan-kesan kebakaran, banjir, serangan makhluk perosak, kebocoran siling, keretakan, struktur rumah dan lain-lain.
Read On

Tips Membeli Rumah (Part 1)

3 comments

Kewangan

  • Jika anda masih belum ada simpanan, mulakan sekarang! Pakar-pakar menasihatkan pembeli untuk mendeposit kira-kira 5-10% daripada harga rumah.
  • Mengkaji semula keadaan kewangan semasa anda. Buat atau dapatkan satu laporan kredit.
  • Selidik dan analisis pilihan-pilihan pinjaman perumahan dan jual beli.
  • Berjumpa dan minta pandangan dari penasihat kewangan atau jual beli.
  • Mengurangkan atau melangsaikan hutang semasa anda terlebih dahulu.
  • Berhati-hati dengan kos-kos tambahan yang mungkin ditanggung selepas membeli sebuah rumah, seperti caj bank, yuran-yuran pinjaman, penilaian harta dan lain-lain.
  • Jika ini adalah kali pertama anda membeli rumah, selidik sama ada andakah anda layak mendapat apa-apa bantuan kewangan dari kerajaan.
  • Baca semua dokumen yang berkaitan dengan teliti dan simpan semua dokumen di tempat yang selamat.

bersambung...
Read On

Apa Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membuat Sesuatu Tindakan

1 comments

  • Tentukan matlamat yang relevan dan boleh dicapai.
  • Pertimbangkan sama ada tindakan-tindakan yang bakal anda lakukan akan membantu anda mencapai matlamat anda.
  • Pertimbangkan akibat-akibat (baik dan buruk, jangka pendek dan jangka panjang dan bahaya) untuk anda dan orang lain.
  • Minta nasihat dan pendapat daripada pihak lain terutama pihak yang mungkin terlibat secara langsung dalam tindakan yang anda bakal lakukan.
  • Memberitahu kepada pihak-pihak yang mungkin terlibat dalam tindakan anda tentang apa yang anda bakal lakukan.
Read On

Tips Keselamatan Untuk E-mail

0 comments

  • Gunakan kata laluan berbeza untuk akaun e-mail, Google Docs dan akses dalam talian lain. Ini bererti anda tidak harus menggunakan satu kata laluan untuk semua akaun.
  • Scan komputer anda untuk mengesan malware dan spyware.
  • Jangan menjawab atau membekalkan maklumat peribadi untuk mana-mana e-mail yang anda terima sekiranya anda mengesyaki sesuatu.
  • Ingat: tiada organisasi akan mengirim e-mail kepada anda dan meminta butiran anda.
  • Menukar kata laluan anda secara berkala(contoh: satu atau dua bulan sekali).
  • Jika anda terasa mana-mana daripada maklumat anda telah diekses oleh orang luar, tukar kata laluan dengan lebih kerap.
  • Apabila mengubah kata laluan anda, sentiasa jadikan kata laluan yang baru itu betul-betul berlainan dengan kata laluan sebelumnya. Jangan hanya mengubah satu atau dua karektor sahaja.
Read On

Apa Perlu Dilakukan Ketika Menggunakan ATM

0 comments

  • Elakkan menggunakan ATM antara 7 petang dan tengah malam(lebih 50% jenayah di ATM berlaku pada waktu ini)

  • Cubalah untuk memilih ATM yang: 
  1. Terang
  2. Di kawasan yang sibuk dan ramai orang

  • Keluarkan kad ATM terlebih dahulu sebelum menggunakan ATM

  • Apabila menggunakan ATM:
  1. Perhatikan persekitaran anda
  2. Perhatikan orang yang mencurigakan dan apa aktivitinya
  3. Setiap ATM mempunyai cermin. Gunakan cermin ini di untuk memantau aktiviti di belakang anda

  • Jangan mengira atau tayangkan wang selepas menggunakan ATM

  • Setelah pengeluaran wang:
  1. Jangan pamerkan wang anda
  2. Jangan berlengah-lengah di kawasan ATM tersebut. Terus beredar.

  • Jika seseorang tidak dikenali datang menghampiri:
  1. Terus masuk ke dalam kereta dan kunci kemudian beredar dari situ. Bersedia untuk menekan hon kereta jika perkara tidak diingini berlaku.
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...