Tips Mencegah Kucing Dari Kencing Di Dalam Rumah


  • Cuka
  1. Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baru sahaja kencing, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali, oleh itu anda perlu bertindak segera. Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing hingga kering. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.

  • Toilet Traning
  1. Toilet training untuk kucing amat penting. Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat.

  • Serai
  1. Bau dari serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering kencing di dalam rumah ataupun anda boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.

9 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...