Wednesday, November 24, 2010
Memilih Rumah
- Kenal pasti kawasan yang ingin didiami dengan menyemak akhbar, laman-laman web, majalah hartanah, membuat lawatan dan berbincang dengan rakan-rakan atau ahli keluarga.
- Kenal pasti prasarana dan trend kejiranan seperti sekolah, kadar jenayah, tempat-tempat atau taman-taman awam, pengangkutan, kedai-kedai, bank, aktiviti sosial, hospital dan lain-lain.
- Selidik trend dan nilai rumah semasa.
- Buat satu senarai kriteria-kriteria rumah idaman anda. Walaupun anda tidak akan dapat seperti yang diidamkan sekurang-kurangnya anda dapat membezakan apakah keinginan dan keperluan.
- Menghubungi agen hartanah untuk mencari rumah.
- Cari dan lihat seberapa banyak rumah yang mempunyai potensi agar anda dapat banyak pilihan.
- Menghadiri pameran rumah untuk mendapatkan informasi.
- Jika boleh dapatkan khidmat agen hartanah yang anda kenali dan selasa untuk berurusniaga.
- Periksa keadaan rumah yang bakal dibeli dengan teliti seperti kesan-kesan kebakaran, banjir, serangan makhluk perosak, kebocoran siling, keretakan, struktur rumah dan lain-lain.
Read On
Tuesday, November 23, 2010
Kewangan
- Jika anda masih belum ada simpanan, mulakan sekarang! Pakar-pakar menasihatkan pembeli untuk mendeposit kira-kira 5-10% daripada harga rumah.
- Mengkaji semula keadaan kewangan semasa anda. Buat atau dapatkan satu laporan kredit.
- Selidik dan analisis pilihan-pilihan pinjaman perumahan dan jual beli.
- Berjumpa dan minta pandangan dari penasihat kewangan atau jual beli.
- Mengurangkan atau melangsaikan hutang semasa anda terlebih dahulu.
- Berhati-hati dengan kos-kos tambahan yang mungkin ditanggung selepas membeli sebuah rumah, seperti caj bank, yuran-yuran pinjaman, penilaian harta dan lain-lain.
- Jika ini adalah kali pertama anda membeli rumah, selidik sama ada andakah anda layak mendapat apa-apa bantuan kewangan dari kerajaan.
- Baca semua dokumen yang berkaitan dengan teliti dan simpan semua dokumen di tempat yang selamat.
bersambung...
Read On
Monday, November 22, 2010
- Tentukan matlamat yang relevan dan boleh dicapai.
- Pertimbangkan sama ada tindakan-tindakan yang bakal anda lakukan akan membantu anda mencapai matlamat anda.
- Pertimbangkan akibat-akibat (baik dan buruk, jangka pendek dan jangka panjang dan bahaya) untuk anda dan orang lain.
- Minta nasihat dan pendapat daripada pihak lain terutama pihak yang mungkin terlibat secara langsung dalam tindakan yang anda bakal lakukan.
- Memberitahu kepada pihak-pihak yang mungkin terlibat dalam tindakan anda tentang apa yang anda bakal lakukan.
Read On
Saturday, November 20, 2010
- Gunakan kata laluan berbeza untuk akaun e-mail, Google Docs dan akses dalam talian lain. Ini bererti anda tidak harus menggunakan satu kata laluan untuk semua akaun.
- Scan komputer anda untuk mengesan malware dan spyware.
- Jangan menjawab atau membekalkan maklumat peribadi untuk mana-mana e-mail yang anda terima sekiranya anda mengesyaki sesuatu.
- Ingat: tiada organisasi akan mengirim e-mail kepada anda dan meminta butiran anda.
- Menukar kata laluan anda secara berkala(contoh: satu atau dua bulan sekali).
- Jika anda terasa mana-mana daripada maklumat anda telah diekses oleh orang luar, tukar kata laluan dengan lebih kerap.
- Apabila mengubah kata laluan anda, sentiasa jadikan kata laluan yang baru itu betul-betul berlainan dengan kata laluan sebelumnya. Jangan hanya mengubah satu atau dua karektor sahaja.
Read On
Friday, November 19, 2010
- Elakkan menggunakan ATM antara 7 petang dan tengah malam(lebih 50% jenayah di ATM berlaku pada waktu ini)
- Cubalah untuk memilih ATM yang:
- Terang
- Di kawasan yang sibuk dan ramai orang
- Keluarkan kad ATM terlebih dahulu sebelum menggunakan ATM
- Perhatikan persekitaran anda
- Perhatikan orang yang mencurigakan dan apa aktivitinya
- Setiap ATM mempunyai cermin. Gunakan cermin ini di untuk memantau aktiviti di belakang anda
- Jangan mengira atau tayangkan wang selepas menggunakan ATM
- Setelah pengeluaran wang:
- Jangan pamerkan wang anda
- Jangan berlengah-lengah di kawasan ATM tersebut. Terus beredar.
- Jika seseorang tidak dikenali datang menghampiri:
- Terus masuk ke dalam kereta dan kunci kemudian beredar dari situ. Bersedia untuk menekan hon kereta jika perkara tidak diingini berlaku.
Read On