Antara cara-cara yang boleh dipertimbangkan untuk menjaga jeans anda:
- Cuci jeans anda dengan air yang tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu hangat.
- Jangan gunakan peluntur untuk mencuci jeans.
- Jangan gunakan mesin pengering untuk mengeringkan jeans anda.
- Biarkan jeans yang selesai dicuci diampaian yang teduh untuk dikeringkan secara semulajadi.
- Terbalikkan jeans anda ketika mencucinya untuk mengelakkan warna jeans cepat pudar.
- Mencuci jeans baru dan lama secara sekali gus juga dikatakan dapat melambatkan proses pemudaran warna kepada jeans yang lama.
- Jangan mencuci jeans dengan kuantiti yang banyak sekali gus. Hadkan kepada hanya 4 helai untuk satu cucian.
- Terdapat jeans yang boleh mengecut sehingga 5cm(2 inci) selepas dibasuh. Cara terbaik ialah bertanya kepada penjual jeans sejauh mana jeans akan mengecut setelah dibasuh.
wah...tips berguna.. ptut rmate aq selalu bgtau selaur jeans dia asyik kecik je lepas basuh..
Hollowgram singgah
aku mengaku... jeans aku dah lebih setaun x baso. muahahaha...
kalau seluar jeans kene kencing dengan kucing camner lak nak basuh?
hollowgram:
suruh dia beli yang besar sikit lain kali.
pencinta jeans semasa:
standard orang lelaki. haha...
182:
basuh dengan sabun yang banyak. haha...
Klu terkena kencing kucing..cara2 nak hilangkan bau kencing kucing pada pakaian hanya dgn berkumur2 dan sembur pada pakaian yg terkena kencing kucing.. petua nenek moyang.