Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dan disediakan jika mahu membuat alumni/ class reunion/ gathering/ perjumpaan semula:
- Membentuk satu jawatankuasa untuk majlis pertemuan semula.
- Pilihkan pengerusi dan bendahari majlis pertemuan semula.
- Wujudkan jawatankuasa kecil untuk menjalankan tugas-tugas tertentu.
- Wujudkan mesyuarat-mesyuarat secara tetap untuk jawatankuasa majlis pertemuan semula.
- Pertimbangkan untuk berkerjasama dengan pakar perancangan majlis pertemuan semula.
- Rujuk rakan-rakan sekelas untuk sebarang idea.
- Mengkaji semua idea awal.
- Wujudkan satu belanjawan.
- Pilih satu tarikh dan lokasi.
- Wujudkan satu senarai alumni kelas dan hubungi mereka untuk memberitahu tentang perancangan majlis pertemuan semula.
- Mencipta satu laman web khas untuk majlis pertemuan semula.
- Membuat agenda untuk majlis pertemuan semula.
- Merancang bentuk hiburan yang diperlukan.
- Mengupah jurugambar atau juruvideo.
- Menempah catering dan tetapkan menu.
- Memastikan samada terdapat apa-apa aktiviti tambahan yang perlu disusun.
- Menyediakan tempat tinggal untuk jemputan-jemputan yang datang dari luar daerah/ kawasan.
- Bayar deposit untuk sebarang tempahan.
- Menyusun atur proses pendaftaran.
- Hebahkan acara.
- Membuat tanda nama atau name tag.
- Merancang dan membeli hiasan jika perlu.
- Membeli hadiah untuk deberikan kepada pihak sekolah jika majlis dibuat di sekolah atau ada menjemput pihak sekolah untuk memeriahkan majlis pertemuan semula.
- Melantik dan menyusun tugasan untuk kakitangan yang terlibat semasa majlis pertemuan semula.
- Melantik pengerusi majlis.
- Membeli cenderamata untuk jemputan majlis pertemuan semula.
- Membuat pertunjukan slaid foto-foto lama untuk mengimbas kenangan lama.
0 comments:
Post a Comment