Memilih Rumah
- Kenal pasti kawasan yang ingin didiami dengan menyemak akhbar, laman-laman web, majalah hartanah, membuat lawatan dan berbincang dengan rakan-rakan atau ahli keluarga.
- Kenal pasti prasarana dan trend kejiranan seperti sekolah, kadar jenayah, tempat-tempat atau taman-taman awam, pengangkutan, kedai-kedai, bank, aktiviti sosial, hospital dan lain-lain.
- Selidik trend dan nilai rumah semasa.
- Buat satu senarai kriteria-kriteria rumah idaman anda. Walaupun anda tidak akan dapat seperti yang diidamkan sekurang-kurangnya anda dapat membezakan apakah keinginan dan keperluan.
- Menghubungi agen hartanah untuk mencari rumah.
- Cari dan lihat seberapa banyak rumah yang mempunyai potensi agar anda dapat banyak pilihan.
- Menghadiri pameran rumah untuk mendapatkan informasi.
- Jika boleh dapatkan khidmat agen hartanah yang anda kenali dan selasa untuk berurusniaga.
- Periksa keadaan rumah yang bakal dibeli dengan teliti seperti kesan-kesan kebakaran, banjir, serangan makhluk perosak, kebocoran siling, keretakan, struktur rumah dan lain-lain.
|
0 comments:
Post a Comment