Sebagai ibu yang berkerja tidak dinafikan kita cukup terbeban dengan rutin harian, jadi mungkin tips ini dapat membantu dalam pengurusan masa dan kelengkapan anak.
Read On
Perut buncit atau boroi amat tidak digemari oleh setiap individu. Di bawah disenaraikan langkah-langkah yang mungkin boleh diamalkan untuk mengelak dari perut menjadi buncit.
Read On
Menguap pada siang hari kadang-kala boleh mendatangkan malu pada diri anda jika dilihat oleh orang lain. Mungkin cara-cara di bawah boleh membantu anda mengelakkan dari menguap dan mengantuk pada siang hari:
Read On
Bau badan dapat memberi kesan yang buruk kepada diri anda. Ia mungkin akan memberi persepsi buruk oleh orang sekeliling terhadap diri anda. Di bawah disenaraikan cara-cara yang mungkin dapat membantu menghilangkan bau badan anda.
Read On
Bagaimana untuk mencegah mulut berbau:
- Gosok gigi sekurang-kurangnya selama 2 minit setiap kali selepas makan.
- Elak dari makan dan minum makanan yang berbau.
- Jika selsema, cuba tiupkan udara keluar dari hidung untuk mengelak bau nafas yang kurang enak.
- Buat rawatan gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
- Minum air dengan banyak.
- Bersihkan lidah.
- Gunakan semburan mulut yang boleh menghilangkan bau.
- Sentiasa berkumur dengan cairan pembersih mulut.
- Jangan merokok dan minum minuman keras.
- Hindari makan makanan yang berminyak ketika sarapan.
- Makan makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar.
- Minum yogurt, makan vitamin c dan mengunyah sayuran seperti daun ketumbar, ekaliptus, taragon, dan sebagainya.
Read On
Antara cara-cara yang boleh dipertimbangkan untuk menjaga jeans anda:
- Cuci jeans anda dengan air yang tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu hangat.
- Jangan gunakan peluntur untuk mencuci jeans.
- Jangan gunakan mesin pengering untuk mengeringkan jeans anda.
- Biarkan jeans yang selesai dicuci diampaian yang teduh untuk dikeringkan secara semulajadi.
- Terbalikkan jeans anda ketika mencucinya untuk mengelakkan warna jeans cepat pudar.
- Mencuci jeans baru dan lama secara sekali gus juga dikatakan dapat melambatkan proses pemudaran warna kepada jeans yang lama.
- Jangan mencuci jeans dengan kuantiti yang banyak sekali gus. Hadkan kepada hanya 4 helai untuk satu cucian.
- Terdapat jeans yang boleh mengecut sehingga 5cm(2 inci) selepas dibasuh. Cara terbaik ialah bertanya kepada penjual jeans sejauh mana jeans akan mengecut setelah dibasuh.
Read On
- Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baru sahaja kencing, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali, oleh itu anda perlu bertindak segera. Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing hingga kering. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.
- Toilet training untuk kucing amat penting. Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat.
- Bau dari serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering kencing di dalam rumah ataupun anda boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.
Read On
- Baldi
- Dua atau tiga span
- Sabun cecair (sabun khusus untuk mencuci kereta adalah yang terbaik)
- Beberapa helai tuala kering
- Hos getah paip
- Jika boleh, letak kereta anda di tempat yang teduh agar air sabun dari cucian anda tidak dikeringkan oleh matahari sebelum dilap.
- Sebelum anda mencuci kereta, anda perlu menyembur kereta dengan air dari atas ke bawah. Dapatkan semburan air yang kuat dari hos untuk menghilangkan kotoran pada body, tayar dan bawah kereta.
- Isi baldi dengan air sabun. Mulai dari atas, gosok perlahan-lahan menggunakan span agar tidak meninggalkan kesan calar pada cat kereta.
- Sentiasa lakukan cucian dan gosokan bermula dari atas ke bawah dan lakukan sedikit demi sedikit dengan diselangi dengan bilasan dengan air agar sabun tidak kering pada kereta.
- Beralih kepada cucian kepada cermin kereta. Gosok cermin sehingga ianya bersih. Kemudian lap hingga kering cermin menggunakan surat khabar lama hingga berkilat. Sekali lagi, cuci, bilas dan lap satu persatu cermin agar sabun tidak kering pada cermin kereta.
- Kemudian, beralih pula ke bahagian yang lebih bawah seperti pintu kereta, hood, lampu, bumper dan lain-lain. Ulangi teknik yang sama seperti disebelum ini dan lap menggunakan tuala kering.
- Untuk mendapatkan hasil cucian yang benar-benar bersih dan berkilat, span dan tuala hendaklah sentiasa bersih. Jika anda mendapati span atau tuala telah kotor, bersihkan atau tukar kepada yang lain.
nota: mengelap cermin menggunakan surat khabar dikatakan boleh memberi kilatan yang lebih berbanding menggunakan tuala kering.
sumber: pekerja car wash dan cleaner pejabat.
Read On
- Lindungi kepala anda. Pakai topi keledar.
- Kenakan pakaian yang berwarna neon yang cerah diwaktu siang agar anda mudah dilihat oleh pengguna jalan raya.
- Elakkan berbasikal pada waktu malam. Jika berbasikal di malam hari, letakkan lampu di hadapan dan di belakang basikal anda. Juga jangan lupa kenakan pakaian yang akan memantulkan cahaya.
- Sentiasa berwaspada. Perhatikan setiap inci jalan di hadapan anda.
- Jalan mengikut arus trafik.
- Sentiasa berwaspada dengan keadaan trafik di sekitar anda.
- Pelajari peraturan jalan raya. Patuhi peraturan jalan raya.
- Pastikan basikal benar-benar selamat ditunggang. Periksa keadaan terutama rim, roda, rantai dan brek sebelum menunggang basikal.
Read On
Jika anda ingin mengetahui status seseorang itu samada dia benar-benar offline ataupun invisible di Yahoo Messenger, anda boleh cuba gunakan cara ini:
- Masukkan yahoo id rakan anda di dalam kotak yang disediakan seperti di bawah ini.
klik untuk besarkan
- Sistem akan menunjukkan status sebenar pengguna id tersebut samada ia online, offline ataupun invisible.
Read On
Setiap isi rumah sepatutnya memerlukan toolbox dimana alatan tangan atau alat pertukangan disimpan di dalamnya. Alatan tangan di dalam toolbox boleh digunakan jika berlaku keroskan kecil kepada peralatan di dalam rumah dimana kerosakan itu boleh dibaiki oleh anda sendiri.
Namun, peralatan di dalam toolbox tidak semestinya lengkap. Cukup sekadar peralatan asas bagi yang baru pertama kali ingin memiliki sebuah toolbox. Berikut adalah antara alatan tangan asas yang perlu ada di dalam toolbox anda:
Terdapat 2 jenis asas
- Pemutar skru mata rata
- Pemutar skru mata Philip
Fungsi
- Memasang atau menanggalkan skru
Terdapat beberapa jenis asas
- Spanar boleh laras
- Spanar
- Spanar soket
Fungsi
- Digunakan untuk mengetat atau melonggarkan bolt atau nat.
Fungsi
- Digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku.
Fungsi
- Digunakan untuk mengukur jarak.
Fungsi
- mengukur
- membina garisan lurus pada permukaan
- menguji kerataan permukaan
Fungsi
- Memotong
- Memegang
- Mengapit
- Memintal
- Memusing
- Menolak
- Menarik
Fungsi
- Digunakan untuk membuat lubang kecil pada kayu
Fungsi
- Digunakan untuk mengerat kayu secara melintang ira kayu
Fungsi
- Alat untuk menentukan aras dan kepugakkan.
Fungsi
- Melakukan kerja-kerja memotong
nota: sila "google" sendiri untuk melihat imej sebenar alatan-alatan yang telah saya senaraikan di atas.
Read On
Jangan Menyimpan Satu-satu Saham Terlalu Lama dan Berurusniaga Dengan Saham yang Aktif.
- Pasaran saham di Malaysia adalah salah satu pasaran yang kuat dan kadang kala ia adalah pasaran saham paling dinamik di dunia.
- Walaupun pasaran saham selalunya akan pulih selapas ianya jatuh, hal yang sama mungkin tidak akan berlaku kepada sesebuah syarikat. Sedangkan pada saat pasaran saham melonjak naik, masih ada syarikat yang mengalami kerugian yang tinggi.
- Dengan berurusniaga hanya kepada saham yang sedang dalam trend menaik dan menjual saham-saham yang sedang dalam trend menurun, dapat mengelakkan anda dari menanggung kerugian yang lebih besar. Ini adalah salah satu rahsia untuk mengambil kesempatan terhadap trend pasaran dan mendapat keuntungan secara konsisten.
- Perhatikan kepada kolum "volume" atau "lots done" dalam laporan saham harian. "Volume" atau "lots done" ini menunjukkan saham yang sudah diniagakan atupun yang sudah bertukar tangan pada hari itu. Jika anda darabkan dengan harga saham itu, anda akan dapat melihat berapa nilai sebenar wang yang telah bertukar tangan pada hari itu. Jika nilainya tinggi maka ini menunjukkan saham itu mempunyai kecairan yang tinggi dan aktif. Ia juga menunjukkan saham itu mudah dibeli dan paling penting mudah untuk dijual kerana terdapat banyak pembeli dan penjual yang menunggu untuk berurusniaga untuk saham itu.
- Elakkan dari membeli saham yang tidak aktif kerana anda mungkin akan menyimpannya dalam satu jangka masa yang lama kerana anda tidak dapat mencari pembeli untuk menjual saham anda.
- Sebagai contoh, "volume" saham sebuah syarikat mempunyai 100,000 unit saham yang diniagakan hari ini dan harga penutupan adalah RM1.50, kita dapat menjangkakan bahawa nilai saham bernilai RM150,000 telah berpindah tangan hari ini.
Read On
- Pastikan tali kasut anda diikat dengan baik sebelum menaiki eskalator.
- Berdiri di tengah-tengah tangga eskalator dan melangkah sebaik sahaja anda sampai di penghujung eskalator.
- Sentiasa memegang tangan kanak-kanak ketika menaiki eskalator dan jangan membenarkan kanak-kanak duduk atau bermain di tangga eskalator.
- Keluarkan anak anda dari stroller atau troli ketika menaiki eskalator.
- Sentiasa memandang ke arah hadapan.
- Elakkan berdiri dibahagian paling tepi kerana kemalangan sering berlaku terhadap pengguna yang berada di sisi eskalator.
- Perhatikan kedudukan butang kecemasan. Ia mungkin diperlukan untuk menghentikan eskalator jika berlaku sebarang kecemasan.
Read On
- Jangan gunakan bateri dan charger telefon bimbit yang tiruan ataupun yang bukan dari pengeluar sebenar jenama telefon bimbit anda.
- Elakkan bateri telefon bimbit dari terdedah atau bersentuhan dengan objek logam seperti syiling, kunci dan bahan perhiasan.
- Jangan hentak, tebuk atau hempap dengan kuat bateri telefon bimbit anda. Tekanan yang tinggi boleh menyebabkan litar pintas dalaman dan overheating.
- Elakkan telefon bimbit dari terjatuh. Jika telefon bimbit terjatuh, terutama di atas permukaan yang keras, ia mungkin menyebabkan kerosakan pada telefon bimbit dan bateri. Jika anda mengesyaki adanya kerosakan pada telefon bimbit atau bateri, bawa ke kedai untuk pemeriksaan segera.
- Jangan letakkan telefon bimbit berdekatan dengan tempat-tempat panas atau tempat-tempat yang mungkin menjadi sangat panas seperti tempat memasak, alat memasak, besi, atau radiator.
- Elakkan telefon bimbit atau bateri anda terkena air atau basah. Walaupun ia akan kembali kering dan berfungsi secara normal, litar dalaman mungkin akan rosak secara perlahan-lahan dan boleh mendatangkan bahaya.
- Baca dan ikut panduan penggunaan, penyimpanan dan pengecas bateri di dalam manual pengguna.
Read On
- Periksa cermin mata hitam anda jika ada tanda-tanda kehausan atau kerosakan. Jika skru engsel sudah longgar, hantar ke kedai untuk diketatkan. Ataupun anda boleh melakukannya sendiri dengan menggunakan pemutar skru yang kecil.
- Perhatikan keselarian kedua-dua frame cermin mata hitam anda dengan teliti ketika berada di depan cermin. Jika ia nampak tidak selari, maka anda perlu menghantarnya ke kedai untuk membetulkan keselariannya.
- Kerap memeriksa lensa cermin mata hitam anda untuk mengesan sebarang kesan calar. Terdapat cermin mata hitam yang mempunyai jaminan setahun untuk kesan calar. Lensa yang diperbuat daripada kaca adalah yang terbaik dan tahan calar.
- Simpan cermin mata hitam anda dalam karung atau kotak cermin mata jika anda tidak memakainya.
- Gunakan kedua-dua tangan untuk menanggalkan cermin mata hitam anda. Biarkan "temples" terbuka dan letak dipermukaan yang rata.
- Bersihkan peluh pada cermin mata hitam anda secepat mungkin. Peluh dan kesan kulit berminyak boleh menyebabkan frame dan lensa cepat rosak.
- Jangan meninggalkan meninggalkan cermin mata hitam anda pada dashboard kereta. Pendedahan kepada suhu yang amat panas pada dashboard kereta yang tertutup boleh merosakan permukaan lensa dan frame.
Read On
|