Tips Pengurusan Masa dan Rumah Bagi Ibu Berkerja




Sebagai ibu yang berkerja tidak dinafikan kita cukup terbeban dengan rutin harian, jadi mungkin tips ini dapat membantu dalam pengurusan masa dan kelengkapan anak.




  • Kemas barang ketika hari cuti


  1. Hari cuti adalah waktu terbaik untuk kita menyelesaikan semua keperluan anak supaya tidak menggangu waktu rutin harian kita, kita boleh gosok baju bagi tempoh 1minggu terus, menyediakan makanan anak bagi tempoh 2, 3 hari dan dibekukan dan pakaian anak disediakan bagi tempoh 1 minggu terus. Jika tidak kita akan sentiasa tidak cukup masa, sehingga kadang-kala mengabaikan kesihatan, kebersihan. Bagi anak seorang boleh lagi, jika sudah mula menambah 2, 3 seterusnya maka keadaan tidak akan sama seperti sekarang.  Jadi amat perlu kita menguruskan masa sebaik mungkin. Waktu cuti selesaikan semua kelengkapan si anak sebelum kita keluar berjalan, kebiasaan hari cuti kita berjalan badan akan penat kadang-kala kita akan menangguhkan mengemas barang anak pada pagi untuk pergi kerja dan inilah yang akan terjadi, botol susu lupa, susu lupa, lampin lupa,beg lupa dan sebagainya. Kemas semua barang dan letak dalam kereta atau di pintu sebelum hari esoknya. 



  • Simpan barang satu tempat


  1. Praktiskan meletak barang satu tempat supaya kita terbiasa untuk mencapainya. Wujudkan storage semua keperluan anak dalam satu tempat walaupun barang kecil dan perlu biasa menyimpan tempat yang sama apabila menggunakannya. Baju anak diasingkan mengikut kegunaan, baju siang, baju malam dan baju untuk bersiar, storage bertingkat amat sesuai untuk membuat pengasingan ini dan kita mudah mengambil baju tanpa menyelongkar. Elakkan melipat baju anak seluar dan baju asing, sebaliknya satukan baju dengan seluar agar kita segera dapat menggunakannya. Bagi barang kecil seperti bedak, sikat, ketip kuku, puting kapas, minyak zaitun boleh disatukan satu bekas tertutup dan mudah dibawa bagi tujuan mencuci badan anak. KIta dapat menjimatkan masa dari mencari barang yang berterabur.



  • Beli barang anak terus untuk tempoh guna 1 bulan


  1. Hal ini amat digalakkan bagi ibu yang berkerja kerana kesuntukan masa, seeloknya, kira pek kegunaan susu, lampin buang anak bagi tempoh sebulan dan beli terus. Ini memudahkan kita agar barang anak dapat dibekalkan berterusan tanpa masalah. Malah menjimatkan kerana kita mungkin memborong pada hari sales. Wujudkan satu storage extra (barang standby contoh bedak 2 pek, mandian, 2 pek dan sebagainya) barangan yang sudah ada 1 pek sahaja boleh ditambah (extra) jadi urusan kita ke pasaraya akan berkurangan. Hal ini juga boleh diamalkan untuk barangan isi rumah seperti beras, minyak, gas. Amalkan beli extra bagi mudahkan kita ketika barang habis. Tidak wujud incured cost sebab barang ini tetap akan digunapakai. 



  • Amalkan menyediakan bahan masakan sedia masa dalam peti ais


  1. Sedap makan diluar, namun lagi sedap makan dirumah dengan air tangan kita. Anak yang makan, tangan ibu memberi banyak keberkatan pada anak. Bagi bawang,rencah, boleh diblend untuk tempoh kegunaan seminggu dan dipek dalam bekas kecil yang boleh disimpan dibahagian beku, satu simpan ditempat sejuk biasa dan satu lagi dibahagian beku, bawang tidak tahan lama jika tidak disejukbeku. Jadi tempoh 1 minggu amat sesuai untuk kita refill bekas yang sudah kosong. Bawang yang sudah diblend mempercepatkan kita menyediakan masakan setelah balik pejabat. Bahan mentah seperti ayam, ikan, dibeli dan diasingkan dalam plastik untuk tempoh guna seminggu. Contohnya, ayam dibeli mungkin 2 atau 3 ekor, kemudian dipotong dan diasingkan kuantiti untuk dimasak contoh 7 hari 7 pek (minta kedai potong ayam satu ekor satu plastik). Rasionalnya bahan mentah ini, lambat untuk desfrost, jadi kalau sudah diasing mengikut kuantiti yang akan kita masak, lebih cepat dan bahan mentah tidak mudah kerana kita hanya mengeluarkan kuantiti untuk dimasak. Begitu juga ikan terus asingkan dalam plastik-plastik. Jika mampu, dapatkan freezer yang boleh menyimpan lama, jadi kita tidak perlu berulang alik  ke pasar dalam tempoh 1 minggu. 



  • Sediakan makanan dalam kereta.


  1. Bagi ibu kadang-kala kepenatan, jadi anda perlu ada makanan yang sedia dimakan bagi memulihkan tenaga dalam kereta atau beg, contohnya biskut, nestum, air kotak dan buah-buahan. Sekadar mengisi perut sepanjang perjalanan balik rumah. Jika tidak pasti anda akan singgah ke kedai tepi jalan kerana lapar bukan. Jadi ia sudah memakan masa.


Selain itu, pihak suami juga perlu memainkan peranan membantu si ibu, dalam urusan ini, kerana si ibu tidak mampu melakukan semua tanpa sokongan suami. Nampak macam cerewet tapi sebuah keluarga apabila si suami turut memainkan peranan membesarkan anak bersama-sama. Tidak ada istilah mempertahankan isu maskulin disini, sebaliknya kebaikan keluarga ada paling utama. Mustahil seorang ibu dan isteri dapat berjaya 100% samada ditempat kerja dan dirumah. Sekurang-kurangnya kita dapat mengimbangi keduanya.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...