Tips Menjaga Seluar Jeans

5 comments







Antara cara-cara yang boleh dipertimbangkan untuk menjaga jeans anda:

  • Cuci jeans anda dengan air yang tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu hangat.
  • Jangan gunakan peluntur untuk mencuci jeans.
  • Jangan gunakan mesin pengering untuk mengeringkan jeans anda.
  • Biarkan jeans yang selesai dicuci diampaian yang teduh untuk dikeringkan secara semulajadi.
  • Terbalikkan jeans anda ketika mencucinya untuk mengelakkan warna jeans cepat pudar.
  • Mencuci jeans baru dan lama secara sekali gus juga dikatakan dapat melambatkan proses pemudaran warna kepada jeans yang lama.
  • Jangan mencuci jeans dengan kuantiti yang banyak sekali gus. Hadkan kepada hanya 4 helai untuk satu cucian.
  • Terdapat jeans yang boleh mengecut sehingga 5cm(2 inci) selepas dibasuh. Cara terbaik ialah bertanya kepada penjual jeans sejauh mana jeans akan mengecut setelah dibasuh.
Read On

Tips Mencegah Kucing Dari Kencing Di Dalam Rumah

9 comments


  • Cuka
  1. Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baru sahaja kencing, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali, oleh itu anda perlu bertindak segera. Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing hingga kering. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.

  • Toilet Traning
  1. Toilet training untuk kucing amat penting. Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat.

  • Serai
  1. Bau dari serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering kencing di dalam rumah ataupun anda boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.
Read On

Cara Membasuh Dan Mencuci Kereta Dengan Betul

2 comments


  • Alat yang diperlukan:
  1. Baldi 
  2. Dua atau tiga span
  3. Sabun cecair (sabun khusus untuk mencuci kereta adalah yang terbaik)
  4. Beberapa helai tuala kering
  5. Hos getah paip
  • Jika boleh, letak kereta anda di tempat yang teduh agar air sabun dari cucian anda tidak dikeringkan oleh matahari sebelum dilap.
  • Sebelum anda mencuci kereta, anda perlu menyembur kereta dengan air dari atas ke bawah. Dapatkan semburan air yang kuat dari hos untuk menghilangkan kotoran pada body, tayar dan bawah kereta.
  • Isi baldi dengan air sabun. Mulai dari atas, gosok perlahan-lahan menggunakan span agar tidak meninggalkan kesan calar pada cat kereta.
  • Sentiasa lakukan cucian dan gosokan bermula dari atas ke bawah dan lakukan sedikit demi sedikit dengan diselangi dengan bilasan dengan air agar sabun tidak kering pada kereta.
  • Beralih kepada cucian kepada cermin kereta. Gosok cermin sehingga ianya bersih. Kemudian lap hingga kering cermin menggunakan surat khabar lama hingga berkilat. Sekali lagi, cuci, bilas dan lap satu persatu cermin agar sabun tidak kering pada cermin kereta.
  • Kemudian, beralih pula ke bahagian yang lebih bawah seperti pintu kereta, hood, lampu, bumper dan lain-lain. Ulangi teknik yang sama seperti disebelum ini dan lap menggunakan tuala kering.
  • Untuk mendapatkan hasil cucian yang benar-benar bersih dan berkilat, span dan tuala hendaklah sentiasa bersih. Jika anda mendapati span atau tuala telah kotor, bersihkan atau tukar kepada yang lain.
nota: mengelap cermin menggunakan surat khabar dikatakan boleh memberi kilatan yang lebih berbanding menggunakan tuala kering.

sumber: pekerja car wash dan cleaner pejabat.

Read On

Tips Berbasikal

0 comments


  • Lindungi kepala anda. Pakai topi keledar.
  • Kenakan pakaian yang berwarna neon yang cerah diwaktu siang agar anda mudah dilihat oleh pengguna jalan raya.
  • Elakkan berbasikal pada waktu malam. Jika berbasikal di malam hari, letakkan lampu di hadapan dan di belakang basikal anda. Juga jangan lupa kenakan pakaian yang akan memantulkan cahaya.
  • Sentiasa berwaspada. Perhatikan setiap inci jalan di hadapan anda.
  • Jalan mengikut arus trafik.
  • Sentiasa berwaspada dengan keadaan trafik di sekitar anda.
  • Pelajari peraturan jalan raya. Patuhi peraturan jalan raya.
  • Pastikan basikal benar-benar selamat ditunggang. Periksa keadaan terutama rim, roda, rantai dan brek sebelum menunggang basikal.
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...